Selamat berpuasa semua. Alhamdulillah hari ini dah masuk hari keempat kita berpuasa. Juadah berbuka yang simple sudah memadai di kala waktu kecemasan begini. Apa yang penting sekeluarga bakal kenyang dari air tangan anda.

SOTO AYAM & BERGEDIL

Bahan Kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 incikunyit hidup / serbuk kunyit 1 sudu teh
2 batang serai
1 inc lengkuas

Bahan-bahan ini semuanya di kisar halus. Untuk serai tu terpulang kalau nak kisar sekali boleh nak titik aje pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna 2 batang sahaja pun cukup.

Bahan Tumis:

Kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
biji pelaga

Rempah kurma 1 peket kecil
Sup bunjut 1 bunjut

Bahan lain:

1 ekor ayam ~ potong 4
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam

IKLAN

Cara memasak:

1.Mula-mula kita panaskan minyak
2.Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis hingga harum
3.Kemudian masukkan bahan yang di kisar halus
4.Masukkan rempah kurma
5.Masak hingga garing dan terbit minyak ( rempah kurma kena masak lama ya.. )
6.Kemudian masukkan air secukupnya
7.Biarkan air mendidihBila dah didih, masukkan sup bunjut, ayam dan kiub ayam
Biarkan kuah mereneh
8.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Angkat ayam dan toskan. Ayam kemudian di goreng. lepas tu siat-siat halus
Baki kuah tambahkan air. Biarkan didih
Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.

Keluarkan ayam dan toskan
Larikan sedikit ayam untuk di buat begedil ayam nanti
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan
Kemudian boleh lah di siat halus.

Dah pun siap kuah soto kita, Sekarang kita sediakan pula begedil ayam

BEGEDIL DAGING MUDAH DAN RINGKAS

4 biji kentang
200 gm daging cincang

kentang kupas kulit dan potong bulat nipis
Kemudian goreng sampai masak
Angkat toskan minyak dan tumbuk lumat
Daging pun goreng sekejap
Angkat dan tumbuk lumat

1 pokok daun sup – cincang halus
1 pokok daun bawang – cincang halus
bawang merah – cincang halus
bawang goreng
dua biji kuning telur – putih telur untuk celup sebelum begedil di goreng
1 sudu besar perencah sup
2 biji putih telur

Cara memasak:

1.satukan semua bahan dalam bekas kecuali putih telur
2.Perasakan dengan garam
3.Bulat-bulatkan
4.Celupkan dalam putih telur
5.Dan goreng dalam minyak panas hingga masak
Sedia dihidangkan

Begedil dah siap sekarang nak sediakan pula sambal kicap

SAMBAL KICAP

Bahan-bahan:

15 tangkai cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
secubit garam
2 biji limau kasturi

Cara memasak:

1.Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur
2.Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam
3.Kisar halus
4.Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi

Soto ni di makan bersama
~ nasi himpit
~ taugeh
~ Ayam di siat-siat halus
~ daun sup dan daun bawang di hiris
~ kacang goreng
~ bawang goreng
~ begedil
~ sambal kicap

Kredit: Rozelkitchen

14 Aneka Resipi Sahur Yang Mudah & Cepat