Makanan laut kalau dimasak gaya lauk pauk tradisional pun teramatlah sedapnya. Lagi pulak olahan resipinya dari Chef tersohor Chef Nor Asmawati Nor Din atau lebih dikenali sebagai Chef Asma.

Siput Sedut , Sotong, Ketam & Udang Sedap, 4 Resipi Terbaik Dari Chef Asma
.

Tenaga pengajar dari UNITAR International University ini memang cukup dikenali dengan olahan resipi yang hebat di dunia maya. Ni Chef Asma berkongsi 4 resipi tradisi untuk sotong dan udang, rugi kalau tak cuba.

1. MASAK LEMAK SIPUT SEDUT LABU KUNING

Siput Sedut , Sotong, Ketam & Udang Sedap, 4 Resipi Terbaik Dari Chef Asma
.

BAHAN-BAHAN

  • 1kg siput sedut | dibersihkan dan dibuang hujung
  • 1/2 biji labu kuning | dipotong kecil
  • 2 biji kelapa | santan secukupnya
  • 1 batang serai | diketuk
  • 1 helai daun kunyit | dicarik
  • 2 keping asam keping

Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 10 biji cili padi
  • 2sm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

  1. Bilas bersih siput sedut, kemudain gaulkan dengan hampas kelapa untuk menghilangkan bau hanyir dan lumpur.
  2. Kemudian basuh bersih dan toskan, kemudian potong bahagian hujung cengkerang.
  3. Kupas kulit labu dan rebus separuh empuk, toskan dan ketepikan.
  4. Dalam periuk masukkan santan, bahan kisar, serai, daun kunyit dan siput. Nyalakan api sederhana.
  5. Apabila mendidih masukkan garam, asam keping dan sayur labu
  6. Masak lagi hingga pekat. Perasakan garam dan gula.

Saiz hidangan : 6-7 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Siput sedut yang berjus dan manis rasanya, terbaik dimasak kuah lemak
INFO CHEF : Selain siput sedut resipi yang sama juga boleh dimasak untuk ketam

SOTONG GORENG BEREMPAH

Siput Sedut , Sotong, Ketam & Udang Sedap, 4 Resipi Terbaik Dari Chef Asma
.

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 kg sotong
  • 1 biji tomato | di potong kiub
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan cili kering mesin
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya menumis

Bahan dihiris :

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2.5sm halia

Bahan dibancuh dengan air untuk dijadikan pes rempah:

  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan sotong dan potong. Toskan.
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga wangi dan kekuningan.Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing
  2. Masukkan pes rempah dan daun kari. Tumis hingga pes masak .
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato. Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
  4. Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
  5. Perahkan limau kasturi dan kacau rata. Angkat dan hidangkan panas.

Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kaya dengan rasa rempah dan rasa masam manis serta pedas cili.
INFO CHEF: Air dari sotong akan menjadikan masakan sedikit berkuah jadi tidak perlu masuk sebarang air semasa memasak.

IKLAN

3. KETAM GORENG BERCILI


Siput Sedut , Sotong, Ketam & Udang Sedap, 4 Resipi Terbaik Dari Chef Asma
.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 ekor ketam | saiz sederhana
  • 2 sudu makan sos cili
  • 5 biji cili merah | dikisar
  • 2.5sm halia | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 1/2 biji bawang besar | dikisar
  • 1 sudu makan madu
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan tepung gandum | untuk disalut pada ketam sebelum digoreng
  • Sedikit hirisan daun ketumbar

CARA MEMASAK :

  1. Potong ketam pada dua bahagian dan dibilas bersih, kemudian toskan.
  2. Gaulkan ketam bersama sedikit garam dan salutkan dengan tepung gandum. Goreng hingga agak masak dan angkat.
  3. Kisar bawang besar dan bawang putih, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
  4. Setelah naik bau baru masukkan cili kisar. Selepas itu masukkan madu, sos cili dan air.
  5. Setelah agak pekat baru masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
  6. Perasakan dengan garam dan gula. Angkat dan hiaskan ketam bercili tadi dengan hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.

Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kaya dengan rasa sos dan pedas secukupnya
INFO CHEF : Pilih ketam segar yang mempunyai banyak isi untuk rasa yang lebih sedap.

IKLAN

4. GULAI LEMAK UDANG DENGAN PUCUK UBI


Siput Sedut , Sotong, Ketam & Udang Sedap, 4 Resipi Terbaik Dari Chef Asma
.

BAHAN-BAHAN :

  • 12 ekor udang | saiz XXL
  • 1 ikat pucuk ubi | direbus hingga empuk
  • 1 helai kunyit hidup | dicarik
  • 500ml santan dan air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:

  • 10 tangkai cili padi | ikut kepedasan yang disukai
  • 5 ulas bawang merah
  • 2.5sm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

  1. Masak bahan kisar dan air secukup di atas dapur sehingga cilinya sedikit masak.
  2. Masukkan santan dan udang. Masak hingga mendidih dan masukkan pucuk ubi dan daun kunyit.
  3. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 hingga 20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Gabungan udang dan pucuk ubi, gandingan yang melazatkan sajian.
INFO CHEF : Ketika menyiang udang besar pastikan usus di belakangnya dibuang agar udang benar-benar bersih.

RESIPI : CHEF NOR ASMAWATI NOR DIN
TERIMA KASIH : UNITAR International University, 3-01A Level 2, Tierra Crest, Jalan SS 6/3, Petaling Jaya, Selangor. https://unitar.my

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI