Satu ketika dahulu nasi ganja ni cukup popular. Disebabkan masakan nasi ini tak sepopular dahulu jadi min nak menu kembali jadi hit. Asalnya dipanggil nasi ganja kerana orang yang pernah makan boleh ketagih dengan kesedapan masakannya.
NASI GANJA
BAHAN-BAHAN NASI:
3 pot beras
8 biji bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
Rempah 4 sekawan
Rempah sup
Pewarna kuning telur
2 senduk sos cili
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bahan-bahan yang sudah di tumbuk dengan rempah 4 sekawan sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan rempah sup tunggu sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan air 4 1/2 pot.
4. Beras 3 pot yang dicuci dan ditos.
5. Sepas air mendidih baru masukkan beras.
6. Masukkan cili sos dalam 2 senduk.
7. Masukkan pewarna kuning telur dalam 5-6 titik sehingga dapat warna kuning macam dalam gambar. Kemudian alihkan ke rice cooker dan masak seperti biasa.
IKLAN
8. Siap dan sedia dihidangkan.
AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
Ayam
2 batang serai (dikisar)
1inci halia (dikisar)
4 biji bawang putih (dikisar)
8 biji bawang merah (dikisar)
8 sudu kari ayam
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan serbuk ketumbar
Daun kari
CARA MEMASAK:
1. Cuci ayam bersih dan ditoskan.
2. Satukan bahan yang dikisar dengan bahan perap yang lain. Salut hingga sebati.
IKLAN
3. Perap sekurang-kurangnya 30minit. Lebih lama lagi sekejap.
4. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Kawal api anda, mula dengan api yang besar jika sudah nampak permukaan sudah hendak garing boleh sederhanakan api. Kemudian perlahankan api supaya ayam masak sempurna dan rempah tidak hangus.
5. Ayam yang siap digoreng garing.
KARI ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
1 ketul kiub ayam
Asam jawa
6 biji bawang merah (tumbuk halus)
3 biji bawang putih (tumbuk halus)
1 inci halia (tumbuk halus)
2 peket kecil kari ayam
1 paket kari ikan
1 sudu serbuk cili
CARA MEMASAK:
IKLAN
1. Bancuh serbuk cili, kari ikan & ayam dengan sedikit air.
2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk
3. Masukkan rempah, tunggu sehingga rempah masak dan pecah minyak baru masukkan air asam jawa.
4. Masukkan air lebih kurang 3 mangkuk.
5. Tunggu sehingga kuah betul-betul pekat. Kari mamak yang sedap ialah kari yang pekat. Perlu mendidih berkali-kali dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
INFO: Rebus telur masin dan sayur bendi melengkapkan hidangan. Boleh juga tambah dengan lauk lain contoh acar timun.
Dah malam malam gini tetiba rasa lapar pulak. Kalau dapat goreng nasi guna nasi baki tengah hari tadi sedap ni. Boleh makan sambil tengok tv..nyum..nyum.
Penggemar makanan pedas boleh cuba resipii nasi goreng yang ringkas. Makan ketika masih panas buat lagi teruja makan nasi goreng sotong pedas ini.
NASI GORENG SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih (1 pinggan penuh)
BAHAN TUMIS:
1 biji lada merah
8 biji cili padi (tidak suka pedas kurangkan)
3 biji bawang (sederhana)
2 biji bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit ikan bilis (goreng ketepikan)
1-2 ekor Sotong (dipotong)
Kacang, lobak merah (atau sayur-sayur lain kegemaran anda)
Kicap manis
Kicap sotong
1 biji telur
Garam & perasa
Minyak
CARA MEMASAK:
Tumbuk lada merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan & masukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi (tumbuk jangan hancur sangat bahan tadi)
Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan tumbuk tadi goreng sekejap.
Masukkan sayur kacang panjang, lobak merah dan sotong.
Gaul rata dengan api sederhana. Masukkan kicap sotong dan kicap manis (sukatan agak-agak secukup rasa)
Pecahkan telur gaul rata dengan bahan tumisan tadi & masukkan nasi.
Kacau dan rasa jika tawar letaklah sedikit garam.
Goreng dalam 2 ke 3 minit &dan boleh tutup api. Sedia untuk dimakan.
INFO:
Boleh tukar berapa banyak kandungan cili padi yang anda suka. Ikut tahap kepedasan anda.
Boleh makan bersama ulam seperti timun, salad atau tomato.
Min gerenti korang mesti gemar makan sajian Cina. Setuju kan kalau Min kata sajian cina mendapat tempat di hati rakyat negara ini tanpa mengenal kaum. Menu masakan laut, tofu dan sajian kukus berasaskan resipi autentik cina telah menjadi sebahagian dari rutin pemakanan warga Malaysia.
Sempena hari kemerdekaan menjelang tiba ni, jom kita cuba reseipi dari Chef Imran Audi Mohd Yap dan Firman Fauzi dari restoran Chicken Rice Guys (CRG), di seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Ini bukan resipi biasa ya,tapi diwarisi dari nenek moyang mereka yang berketurunan Cina.
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali. 2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, biarkan hingga naik bau wangi.’ 3. Kemudian masukkan daging ke dalam kuali. 4. Masukkan pula sos tiram, serbuk lada, cili api, daun bawang dan bawang besar. 5. Tumiskan dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukp rasa 6. Apabila daging empuk, padamkan api.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 15 minit Keistimewaan : Gabungan rasa pedas lada hitam dan sos tiram yang lazat
INFO CHEF: Untuk melembutkan daging , perapkan dengan gula, garam dan minyak masak dan biarkan untuk 2- 3 jam.
STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI
BAHAN-BAHAN :
350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
50 gm brokoli
1/2 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | dihiris
4 sm halia | dihiris
500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
4 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali. 2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’ 3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan. 4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut. 5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. 6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen ) 7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 20 minit Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak
INFO CHEF: Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
BRAISED GINGER CHICKEN WITH MUSHROOM
BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam | dipotong lapan bahagian
3 biji cendawan shitake | dihiris nipis
1 biji bawang besar | dicincang
500ml air masak
5ulas bawang putih | dicincang
3 sm halia | dihiris nipis
8 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan kicap masin
4 sudu makan kicap manis
4 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
2 biji bawang besar | dibelah 4
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali. 2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia, biarkan hingga bau wangi. 3. Masukkan ayam ke dalam kuali 4. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap masin dan kicap masin. 5. Masukkan air masak. 6. Masukkan cendawan shitake yang telah dihiris. 7. Tutup kuali dengan penutup dan biar didih sehingga ayam masak 8. Perisakan dengan gula dan garam 9. Taburkan daun bawang dan bawang besar yang telah dipotong, kacau sebentar. Padamkan api. 10. Hidangkan bersama nasi putih yang panas.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 25 minit Keistimewaan :Sajian asli cina yang menyatukan 4 jenis kicap
INFO CHEF :Biarkan mereneh dalam keadaan kuali bertutup supaya cepat masuk dan lebih sebati rasanya
HOKKEIN PRAWN MEE
BAHAN-BAHAN :
500gm mi kuning | dicelur dalam air panas
10gm taugeh
10gm sayur kangkung
2 biji telur rebus | dibelah dua
10 gm dada ayam | direbus
12 ekor udang saiz sederhana | direbus
5gm bawang goreng
Bahan kuah udang:
1kg kulit udang
1liter air
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
Bahan sambal:
50gm bawang putih | dikisar halus
150gm bawang besar | dikisar halus
4 sm halia | dikisar halus
50gm cili padi merah | dikisar halus
100gm cili kering | direbus dan dikisar halus
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: Cara memasak sambal: 1. Panaskan minyak dalam kuali. 2. Tumis kan bawang putih, bawang besar, halia sehingga naik bau 3. Masukkan cili padi merah dan cili kering, tumis hingga pecah minyak dan garing. 4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
Cara memasak kuah udang: 1. Panaskan minyak dalam periuk 2. Tuangkan kulit udang kedalam periuk 3. Tumiskan sehingga kulit udang tukar berwana merah 4. Tuangkan air kedalam periuk 5. Biarkan mendidih selama 2 jam, tudungkan 6. Letak garam dan gula secukup rasa. Padamkan api. Cara hidangkan mi udang : 1. Celurkan mee kuning, tauge, kangkung\ 2. Susun ke dalam mangkuk sekalikan dengan isi ayam, udang dan telur rebus 3. Letakkan sambal di atas mi tersebut 4. Tuangkan kuah udang yang panas
Saiz hidangan :4 orang Waktu memasak : 2 jam Keistimewaan :Mi udang dengan sup yang pedas dan manis
INFO CHEF : Anda boleh juga menambah pelbagai makanan laut lain seperti ketam, lala atau kepah untuk mendapatkan lebih rasa kemanisan makanan laut dalam kuah tersebut.
AYAM STIM HAINAN
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | berat 2 ke 2.2 kg
5 sm halia ketuk
3 liter air | atau paras ayam boleh tenggelam
5 batang daun bawang | dipotong panjang
CARA MEMASAK : 1. Basuhkan ayam dengan bersih 2. Masukkan air hingga ayam boleh tenggelam 3. Masukkan halia, taburkan daun bawang 4. Masak hingga mendidih 5. Masukkan ayam dan kecilkan api dan biarkan ia mereneh selama 30minit 6. Selepas ayam masak, angkat ayam dan rendam di dalam bekas yang berisi air dan ais selama 20 minit 7. Toskan. Sewaktu menghidang, tuang sedikit air rebusan ayam yang masih panas dan dimasak tadi.
Saiz hidangan : 10 orangng Waktu memasak : 1 1/2 jam Cara memasak : Rebus dan reneh Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi ayam
INFO CHEF : Terdapat pelbagai versi ayam stim hainan selain merebus dan reneh anda boleh juga mengukus dengan memerap dahulu ayam dengan kicap cair, minyak bijan dan lada hitam.
RESEPI : CHEF IMRAN AUDI MOHD YAP TERIMA KASIH ; FIRMAN PAIZI@FAUZI, CHEF DANIEL SOON, CRG CHICKEN RICE GUYS, 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Tak susah pun nak masak nasi goreng kerabu. Bahan-bahannya dihiris-hiris je. Lepas tu gaul semuanya. Bagi peminat kerabu, boleh try buat nasi goreng kerabu ni. Sedap sangat. Siap ada ikan masin goreng dalam nasi ni. Memang best.
NASI GORENG KERABU
.
BAHAN-BAHAN
2 cawan beras (dimasak macam biasa)
Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu teh belacan
6 biji cili api (dikisar halus)
3 tangkai kacang panjang (dipotong halus)
2 batang serai (dihiris halus)
Sedikit daun selom (dihiris halus)
Sedikit daun pudina (dihiris halus)
Sedikit bunga kantan (dihiris halus)
1 ulas bawang merah (dimayang)
3 sudu makan ikan bilis goreng
1 ekor ikan masin goreng (ditumbuk halus)
Sedikit garam
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masukkan bawang putih, belacan dan cili api. Masak sampai kekuningan.
2. Masukan hirisan kacang panjang, serai, daun selom, daun pudina dan bunga kantan. Kacau seketika.
3. Masukkan nasi. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin. Gaul rata.
5. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam. Kacau lagi. Sedia untuk dinikmati.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...