Ubi kayu sejenis ubi yang sinonim dengan masyarakat Melayu kerana dari ubi kayu terhasilnya pelbagai jenis makanan yang ternyata sedap olahannya, terutama kuih muih tradisional yang diperbuat dari ubi kayu.  Antara yang disukai ramai hingga sekarang adalah talam dan bingka ubi kayu. Bagaikan terasa kenyal teksturnya  dan rasanya yang lemak manis. Kalau korang nak cuba, ini  resipinya

Bingka & Talam, 2 Menu Kuih Olahan Ubi Kayu Digemari Ramai.

 BINGKA UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 3/4  cawan gula kastor
  • 1/2sudu teh garam halus
  • Sedikit mentega

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.
  2. Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.
  3. Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.
  4. Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan. 5. Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.
  5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.
  6. Sejukkan dan potong.

Bingka & Talam, 2 Menu Kuih Olahan Ubi Kayu Digemari Ramai.

TALAM UBI

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

A: LAPISAN BAWAH:

IKLAN
  • 800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
  • 300ml air
  • 150ml santan pekat
  • 250gram gula
  • Pewarna kuning

B: LAPISAN ATAS:

  • 800ml air
  • 320ml santan pekat
  • 100gram tepung beras
  • 80gram tepung ubi
  • 80gram tepung gandum
  • 2 sudu teh garam halus

CARA MEMASAK:

  1. 1.Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
  2. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
  3. Sediakan loyang yang dialas dengan plastiK.
  4. Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
  5. Kukus selama 40 minit.
  6. Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
  7. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
  8. Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus kuih talam selama 30 minit lagi.
  9. Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI