Ikan Bakar Ala Portugis memang menu popular masyarakat Malaysia. Aroma wangi bahan tumisan disalut dengan ikan talapia dan dibakar, memang terlajak sedaplah..

IKAN BAKAR TALAPIA ALA PORTUGIS

BAHAN KISAR:

  • Lada kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Halia
  • Sedikit belacan

INFO: Semua bahan dikisar sekali dan halus.

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan talapia
  • Serai
  • Daun limau purut

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan-bahan yang sudah dikisar halus.

2. Bila sudah pecah minyak masukkan daun limau purut atau daun kesum.

3. Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau hendak berkuah boleh tambah sedikit air . Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api dan asingkan dulu.

4. Letakkan ikan atas aluminium foil.

5. Salutkan dengan sambal yang ditumis tadi dan susun terung atau bendi.

6. Balut dan bakar selama setengah jam dengan api sederhana. Untuk elakkan hangus boleh tuangkan sedikit air dalam pemanggang ajaib.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Isna Awangkechik

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Ayam Masam Manis Sempoi Versi Ringkas & Mudah Buat Satu Keluarga Tersenyum

Step By Step Ikan Kerisi Masak Pindang Simple Pedas Menyengat

Masak Ikan Kembung Rebus Air Asam Tak Cukup Kalau Makan Nasi Sepinggan

Asam Pedas Johor Pekat Kaw! Rahsia Ikat Perut Suami & Pujuk Hati Emak Mentua

Gulai Ikan Tenggiri Merah Menyala Memang Tergoda Nafsu Makan