Bosan makan makanan berat boleh gantikan egg muffin untuk kenyangkan perut. Resepi ringkas egg muffin sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak dengan penyediaan yang mudah.

BEEF EGG MUFFIN

BAHAN-BAHAN:

  • Telur
  • Lada benggala
  • Daging kisar
  • Serbuk kari
  • Garam
  • Keju ( kalau nak letak )
  • Daun bawang

**Kalau nak lagi sedap, boleh jugak guna tauhu telur. Kisar sekali dengan isi ayam. Boleh juga guna udang dan sotong. Ikut citarasa.

CARA MEMASAK:

1.   Tumis daging kisar hingga garing. Kemudian masukkan serbuk kari, garam dan daun bawang. Ketepikan.

2.   Sapukan sedikit minyak masak pada loyang muffin. Kemudian masukkan lada benggala.

3.   Letakkan daging kisar yang telah dimasak tadi. Kemudian masukkan keju.

4.   Tuang telur yang telah dipukul. Tabur daun bawang dengan secukupnya.

5.   Bakar pada suhu 180C selama 20-24 minit atau sehingga muffin masak.

6.   Angkat dan boleh dinikmati.

 Kredit resipi & gambar: Nur Suriya Nawawi