Pedas, Kering Dan Ringkas Lauk Sahur & Berbuka Ringkas Pilihan Ramai

Di bulan puasa, pemilihan lauk yang sesuai amat penting bagi membuka selera tatkala bersahur dan juga berbuka. Memancing selera untuk makan terutamanya di waktu dinihari,  bukan mudah. Kerana itulah sajian yang dihidangkan perlulah panas, sedap, kering dan pedas walaupun lauknya biasa-biasa sahaja.  Tidak perlu sajian yang hebat pun kerana ada kalanya, hidangan yang ringkas dan mudah disediakan lebih menambat hati. Terdapat pelbagai sajian ‘simple and easy’ yang boleh disediakan oleh para ibu sepanjang bulan Ramadan ini. Hanya dengan menggunakan Sos Cili, Sos Tomato dan Sos Tiram SAJI, anda tidak perlu lagi bersusah payah dan memerlukan masa yang lama di dapur.

Berbanding dengan produk seumpamanya yang lain, Sos Cili, Sos Tomato dan Sos Tiram SAJI mempunyai rasa yang sekata dan menepati cita rasa rakyat Malaysia. Malah ia juga dapat meningkatkan aroma dan rasa dalam sajian menjadikan lauk pauk yang dimasak menjadi lebih sedap. Produk keluaran tempatan ini juga mempunyai sijil Halal dan dihasilkan tanpa pewarna tambahan membolehkan anda menikmatinya tanpa was-was. Bersempena bulan yang mulia ini, RASA kongsikan beberapa idea lauk pauk sahur dan berbuka yang ringkas yang boleh dicuba. Tak perlu lagi pening memikirkan menu. Dalam masa 30 minit pun boleh siap masak. Memang terbaik. Selamat mencuba!