Aneka Resipi Sajian Rendang Yang Mudah & Sedap

Masakan rendang cukup sinonim dengan musim perayaan. Ia adalah satu kemestian dan wajib ada sebagai menu utama di Aidilfitri. Tanpanya tidak lengkap rasanya sambutan perayaan ini. Terdapat pelbagai jenis resipi rendang yang boleh dicuba. Semua sedap-sedap belaka. Ramai yang menggemari masakan rendang kerana ia penuh perisa dan aroma rempah ratus serta lemak rasanya. Enak dimakan bersama nasi putih, lemang, ketupat atau dimakan bersama roti. Untuk menyediakan rendang yang enak, terdapat pelbagai petua yang boleh diikuti. Malah penggunaan bahan serta ramuan terbaik juga memainkan peranan yang penting dalam penyediaan sajian yang lazat. Salah satu yang perlu dititikberatkan adalah minyak masak yang digunakan.

Minyak Masak SAJI  adalah jenama nombor 1 Malaysia dan menjadi pilihan surirumah serta ibu-ibu sejak dahulu lagi. Produk keluaran tempatan ini adalah yang terbaik kerana kualitinya bertaraf antarabangsa. Maka tidak hairanlah produk Minyak Masak SAJI terus berdiri gagah di pasaran selama 20 tahun. Minyak Masak SAJI sangat sesuai digunakan dalam penghasilan rendang kerana ia bebas kolesterol, kaya dengan vitamin E dan mampu mengekalkan rasa semula jadi masakan. Nak cuba masak rendang yang sedap untuk keluarga? Berikut adalah resipi-resipi yang anda boleh cuba.