Aneka Puding Enak & Comel Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka

Agar-agar dan puding sering mengoda selera. Warna warni dan kepelbagai rasa menjadikan ia sesuai untuk juadah berbuka puasa. Daripada membeli setiap hari, apa kata anda sediakan sendiri menu ini dan ia boleh disimpan lama dalam peti sejuk. Jimat dan terjamin kebersihannya. Jika dulu, agar-agar dan puding hanya dimasak menggunakan gula dan pewarna sahaja. Seiring dengan perkembangan zaman, sekarang terdapat pelbagai jenis manisan ini telah dicipta dan diubah suai dan diberikan sentuhan moden. Hasilnya, puding dan agar-agar yang dihasikan kini kelihatan lebih cantik dan menarik, namun rasanya tetap dikekalkan. Penggunaan bahan-bahan yang berkualiti juga menjadikan hidangan Puding dan Agar-Agar jadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Salah satunya ialah dengan menggunakan Krimer Manis Coklat, Krimer Manis Bandung, Krimer Manis Tembikai Susu dan Krimer Manis Jagung SAJI.

Selain unik dan enak, seleksi Krimer Manis SAJI ini sangat mudah digunakan. Ia boleh digunakan dalam penghasilan minuman dan juga pelbagai jenis pencuci mulut yang lain. Krimer Manis SAJI  juga dihasilkan menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi, diperkaya dengan Vitamin A, D3 dan B1 serta tanpa kolesterol. Sesuai untuk seisi keluarga. Terdapat pelbagai jenis puding dan agar-agar yang boleh dihasilkan menggunakan produk Krimer SAJI ini. Ia bukan sahaja cantik dan sedap dimakan, bahkan sangat mudah disediakan. Khas buat anda RASA kongsikan resipi aneka puding dan agar-agar yang boleh anda buat untuk berbuka. Selamat mencuba!