Aneka Resipi Lauk Berbuka Simple Air Tangan Bonda

Enaknya bila menjamah masakan air tangan bonda. Sementelah lagi bila sajian yang disajikan adalah masakan kampung yang sememangnya menjadi idaman anak-anak tatkala berada di perantauan. Biarpun resipi trending bertukar ganti, gulai lemak cili padi, asam rebus daging, dan opor nangka ibu tetap jadi pilihan. Rahsia keenakan masakan orang tua dulu-dulu terletak pada air tangan serta ramuan terbaik yang digunakan. Walaupun tanpa sebarang penambah perisa moden dan hanya menggunakan garam, aneka lauk pauk yang dihasilkan berasa sangat sempurna dan cukup rasa.

Bertindak sebagai hero dalam masakan, garam tentunya amat penting dalam setiap hidangan. Terdapat pelbagai jenis garam yang ada di pasaran dan salah satu yang terbaik adalah Garam Gunung SAJI. SAJI membawakan kebaikan sebenar alam semulajadi menerusi garam gunung asli dari Himalaya. Mengandungi 84 elemen mineral, Garam Gunung SAJI bukan sahaja menambah keenakan dalam masakan malah juga sangat baik untuk kesihatan. Antara kebaikan Garam Gunung Himalaya ialah mengawal kandungan air dalam badan, mengawal kandungan PH, mencegah kekejangan otot, meningkatkan metabolisma, menguatkan tulang, mengawal tekanan darah, membuang toksin dan banyak lagi.