Kalau ke pasar malam, pasti anda pernah jumpa Roti Khurasan ni. Ada sesetengah tempat panggil Roti Baghdad, Roti Arbak, Roti Tabligh dan banyak lagi nama. Tapi bendanya sama je. Inti roti ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda. Memang sedap kalau makan panas-panas. Nak rasa? Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosliza Wahab ni.
ROTI KHURASAN
BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam – cincang
4 biji bawang merah – cincang
3 ulas bawang putih – cincang
2 biji bawang besar – dadu
Sedikit lobak merah – dadu
1/2 biji lada benggala – dadu
2 batang timun – dadu
5 biji cili padi – hiris
Sos cili dan sos tomato secukupnya – ikut citarasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Roti burger atau roti hotdog
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.
2. Kemudian masukkan isi ayam. Setelah nampak hampir masak, masukkan gula dan garam secukupnya.
IKLAN
3. Tambahkan sos cili dan sos tomato secukupnya. Gaul rata dan biarkan sehingga sedikit kering.
4. Masukkan timun, lobak merah, lada benggala, cili padi dan bawang besar. Masak hingga sayur lembut. Angkat dan sejukkan inti.
IKLAN
5. Potong roti dan masukkan inti secukupnya.
IKLAN
6. Ambil kulit popia dan bungkus roti tadi. Sapu air pada kulit popia bagi melekatkannya. ( empunya resipi guna 2 keping kulit popia untuk bungkus 1 roti.)
7. Panaskan minyak masak dan goreng roti tadi. Pastikan minyak betul-betul panas supaya minyak tidak meresap ke dalam roti.
Anak-anak kadang-kala susah sangat kalau nak makan roti. Tak ada selera katanya kalau roti sandwic putih tanpa rasa. Jadi anda mungkin boleh cuba hasilkan roti goreng, resipi perkongsian saudari Ratna Sari Zain. Ringkas dan rasanya pun sedap. Kalau ada roti sandwic yang dah kurang lembut, masak cara sebegini pasti akan jadi lebih enak. Sesuai sangat dinikmati sebagai snek untuk minum petang.
RESIPI ROTI GORENG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A
2@ 3 sudu makan susu pekat manis
Secubit garam
Roti potong (besar)
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur. Masukkan susu dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Potong roti ikut suka pastu celup dalam adunan tadi.
3. Bila minyak dah panas. Goreng aje apa tunggu lagi. Hehe
Sesekali ubah selera. Sedap juga sarapan gaya Inggeris macam ni. Nak membuat pun tidaklah sesusah mana. Asyik makan nasi goreng je kan. Jom try roti bawang putih dengan sup cendawan.
ROTI BAWANG PUTIH & SUP CENDAWAN
ROTI BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN
• Bawang putih
• Mentega (BELI DI SINI)
• Secubit garam (BELI DI SINI)
• Daun parsley
• Roti Gardenia
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk bawang putih. Masukkan ke dalam mentega. Gaul rata.
2. Masukkan garam dan daun parsley. Gaul sehingga sebati.
3. Sapu ke atas roti.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas bawah.
SUP CENDAWAN
BAHAN-BAHAN
• 300 ml air
• 500 ml susu segar (BELI DI SINI)
• 1 kiub pati ayam (BELI DI SINI)
• 1/2 sudu teh serbuk lada hitam (BELI DI SINI)
• 1 tin cendawan butang (hiris atau cencang)
• 1/2 sudu teh daun parsley
• 1/2 sudu besar mentega (BELI DI SINI)
• 1/2 sudu teh garam (BELI DI SINI)
• 1/2 cawan tepung gandum
CARA MEMBUAT
1. Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
2. Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
3. Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
4. Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
5. Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat. Siap.