Dok pikir bau apa la manis2.Rupa2nya, bau tapai. Lupa plak mlm jumaat bru ni aku buat tapai ni..
Nasib Xde semut 😂Alhamdulillah, manis sgt. Simpan dlm peti dulu, esok mkn. Nikmatnya mkn sejuk2..
Sape suka? 😘

Tapai Pulut Manis

Bahan-bahan:
1kg beras pulut
1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu, tp yg ni sy xjemur pon. Hancurkan ragi, sy letak dlm plastik dan ketuk guna alu lesung, nnti nak guna baru ayak guna penapis teh)
-bekas dadih/daun getah/daun pisang. (sy guna bks dadih je)

Cara memasak:
1.Basuh beras pulut bersih2 dan rendam min 2jam..
2.Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min..

3.Siramkan pulut yang telah dikukus dgn 3cawan air, sambil kaup balik.. (sy xalihkan pulut kedalam bekas, sy siramkan air trus dr pngukus)
4.Kukus semula pulut tadi dalam 10min/sehingga naik wap..
5.Tutup api dan alihkan pulut yg telah masak kedalam dulang besar utk disejukkan. (Ratakan pulut td, supaya cpt sejuk)
6.Biarkan pulut betul2 sejuk..
7.Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi keatas pulut, balik2kan pulut td, ayak ragi keatas pulut skli lg.. (agak2 ragi rata pd pulut)
8.Sudukan pulut td kedalam bekas dadih/daun getah.
9.Susunkan ke dalam bekas sesuai. (sy letak dlm besen)
10.Balut besen tersebut dgn Kain..
Simpan di tempat yg gelap slma 2hari..
Selepas 2 hari, baru tgk tapai tu ye..

InsyaAllah, menjadi.. Tapai manis dan berair.. 😋
Selamat mencuba 😊

credit : Siti Norizan‎