Mi wantan , mungkin ada yang sudah biasa dengan hidangan ini. Ia biasanya dihidangkan dalam sup panas. Bagi melengkapi mi wantan ini, dihias dengan sayuran dan wantan. Hari ini min kongsikan resipi mi wantan olahan Salimah. Nak makan kenalah rajin ye. Moga berjaya korang. 

Bahan dumpling :

Kulit dumpling segera (beli di pasaraya)
2 keping dada ayam – dicincang
isi udang – dicincang
1 biji telor
1/2 biji bawang holand – diracik
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam
daun bawang – diracik halus

 


CARA-CARA:

Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.
Ambil kulit dumpling, letakkan isi yang digaul tadi di tengah-tengah kulit.
Letakkan sedikit air dikeliling kulit dan bunjutkan.
Kukus dalam 4@5 minit.
Jangan lupa sapukan minyak pada periuk kukusan untuk mengelakkan dumpling melekat semasa mengukus.

Bahan sup jernih :

3@4 cawan air
Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
Bebola ikan
Dumpling yang telah dikukus
1/2 kiub ayam knorr
1 sudu teh lada sulah
1cm halia | dihiris nipis
2 sudu besar minyak bawang putih
Garam cukup rasa
Daun bawang

CARA-CARA:

Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan dumpling).
Akhir sekali baru masukkan bebola & dumpling. Biar mendidih sekejap.
Padamkan api.

Bahan mee kicap:

1 paket mee wantan
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair/manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh lada sulah

CARA-CARA:

Celur mee wantan dengan air panas dan toskan.
Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
Hidangkan mee tadi bersama dumpling goreng, cili jeruk, sayur kailan celur dan sup jernih.



Selamat mencuba 😍

Resepi fb : Salimah Olie