Digelar daging hitam kerana warna yang gelap di mana ramuannya ialah kicap, rempah kari serta daun kari memberi aroma lazat pada daging. Daging masak hitam ini sesuai dimakan dengan nasi tomato, nasi hujan panas dan nasi putih.
DAGING MASAK HITAM
Bahan-bahan
- 5kg daging – dipotong
- 2kg bawang besar kisar kasar kemudian tapis (air bawang jangan buang nanti baleh bancuh rempah dan cili kisar)
- 200gm rempah kari daging
- 2 cawan cili mesin ( kalau mahu pedas boleh tambah lagi)
- 2 sudu besar lada hitam -tumbuk halus
- 3 cawan kicap lemak
- 1/2 cawan gula merah -BELI ONLINE DI SINI
Bahan-bahan tumis
- 1 kg bawang besar- hiris nipis
- 3 labu bawang putih- hiris nipis-BELI ONLINE DI SINI
- 3 inci halia -dimayang halus-BELI ONLINE DI SINI
- 4 serangkai kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
- 5 tangkai daun kari
Cara memasak:
- Panaskan minyak tumis 4 serangkai sampai naik bau
- Selepas itu masukkan daun kari
- Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia biar sampai layu dan kuning
- Masukkan bawang mesin masak sampai bawang layu dalam 5 minit
- Masukkan cili mesin biar sekejap dalam 3 ke 4 minit sambil kacau
- Masukkan rempah, lada hitam dan gula merah masak sampai pecah minyak
- Bila dah pecah minyak dan bau wangi masukan daging
- Bila daging bertukar warna masukkan kicap dan sedikit air (dalam 2 cawan jangan banyak sebab daging akan keluar air)
- Biarkan sampai daging empuk dan pekat
- Siap untuk dihidang
**saya tidak tambah garam dan gula lagi sebab sudah cukup rasa tapi ikut selera masing-masing kalau ada apa yang kurang boleh ubah
** kenali daging yang kita beli kalau daging kotak elok direbus dulu kalau daging segar tidak perlu rebus dulu.
Kredit: Lulu Makhnun Mustapa
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Ayam Masak Beriani Sempoi, Teramatlah Wanginya Sampai Ke Rumah Jiran
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masakan China Pedas Berempah… IKBN Peretak Kongsi Resipi .
Sajian China juga ada yang pedas dan menggunakan rempah. Di negara itua masakan yang menggunakan rempah ratus dalam masakannya kebanyakannya berasal dari Sichuan dan Hunan,yang terkenal dengan penggunaan rempah ‘peppercorn’ Sichuan (Szechuan), campuran serbuk rempah lima sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, peppercorn Sichuan dan jintan.
Berbeza dengan juadah China di wilayah lain, juadah di sini agak pedas dan kaya dengan rempah ratusnya. Sempena kedatangan Tahun Baru Cina yang semakin dekat ni, jom kita lihat resepi dari barisan tenaga pengajar muda dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak iaitu Norshazila Mohamed Rahman,Norazilah Abd Rahman,dan Harmayah Argadan
1. MA PO TOFU
BAHAN-BAHAN :
- 200gm daging cincang
- 2 batang tauhu lembut | dipotong dadu
- ½ cawan air stok ayam
- 1 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan gula
- 1 sudu makan minyak bijan
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 2 sudu makan halia | dicincang halus
- 2 tangkai daun bawang | dihiris halus
- 1 sudu makan taucu
- ½ sudu teh Sichuan pepper corn | dikisar halus
- 2 sudu makan minyak cili
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih, halia, tauchu peppercorn Sichuan, minyak cili, minyak bijan dan kicap cair. Masukkan daging cincang serta perasakan dengan garam dan gula. Biarkan hingga daging masak dan sebati dengan kuah sos yang dimasak tadi.
2. Masukkan tauhu yang telah dipotong dadu.
3. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan stok ayam. Masak hingga pekat.
4. Tabur dengan daun bawang untuk dimakan bersama nasi panas
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Ma Po Tofu adalah kombinasi dari tauhu lembut dengan rasa pedas
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Tauhu perlu direbus dahulu dengan sedikit garam supaya tauhu tidak hancur ketika digaul bersama sos.
2. HOT & SOUR GLASS NOODLES
BAHAN-BAHAN :
- 250gm suhun (glass noodles)
- 2 sudu makan kacang tanah | digoreng terlebih dahulu
- 1 sudu makan minyak kacang tanah
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2 tangkai daun bawang | dihiris
- 2 sudu makan cuka
- 1 sudu teh peppercorn Sichuan | dikisar halus
- 50gm daun ketumbar | dihiris
- 1 sudu teh serbuk rempah 5 sekawan
- 1 sudu makan minyak cili
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu makan jeruk lobak masin
- 1 sudu makan kicap cair
- 500ml stok ayam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak kacang tanah dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2. Ambil satu mangkuk dan masukkan minyak bawang putih tadi, peppercorns Sichuan, minyak cili, serbuk rempah 5 sekawan, kicap, minyak bijan, jeruk lobak masin, cuka dan garam secukupnya.
3. Panaskan air stok ayam, celur suhun ke dalamnya sehingga lembut dan kemudian masukkkan suhun dan air stok ayam ke dalam mangkuk tadi, gaul hingga sebati.
4. Hias dengan daun bawang, daun ketumbar dan kacang tanah.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan celur
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Suhun berempah yang kaya dengan rasa kacang tanah
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Suhun tidak perlu dicelur terlalu lama untuk mengelakkan daripada hancur.
3. CHICKEN WITH CHINESE MUSHROOM
BAHAN-BAHAN :
- 350gm ayam
- 50gm cendawan shitake
- 2 sudu makan cuka
- 3 kuntum bunga lawang
- 2 tangkai daun bawang | ambil batang yang putih di pangkal
- 5sm halia | potong batang mancis, halus (fine julienne)
- 2 sudu teh serbuk lima sekawan
- 1 sudu makan minyak bijan
- 2 sudu makan kicap cair
- 2 sudu makan kicap pekat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 2 tangkai cili kering | digunting pendek
- 4 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2 cawan air
CARA MEMASAK :
1. Di dalam mangkuk rendam cendawan shitake dalam 20 minit dengan air panas sehingga kembang dan lembut. Ketepikan seketika
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah dicincang. Kemudian masukkan ayam, cuka, bunga lawang, serbuk rempah 5 sekawan, kicap cair, kicap pekat, cili kering, minyak bijan dan perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga sebati
3. Masukkan air dan cendawan shitake kemudian tutup seketika dalam 10-15 minit sehingga ayam empuk. Biarkan ia mereneh
4. Angkat dan taburkan daun bawang dan hirisan halia sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Sajian sihat ayam dan cendawan menggunakan kaedah mereneh
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Pastikan api perlahan masa mereneh.
4. STIR FRY SZECHUAN BEEF AND BROCCOLI
BAHAN-BAHAN :
- 350gm daging batang pinang | dihiris nipis
- 100gm brokoli | dipotong floret *teknik memotong
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- ½ labu bawang Holland | dihiris
- 2 sudu makan peppercorns Sichuan | dikisar halus
- 2 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan kicap pekat
- 3 tangkai cili kering | dipotong pendek
- Garam secukup rasa
- 2 batang daun bawang | ambil batang yang berwarna putih
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu teh bijan putih | disangai
- 20gm gajus | disangai
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, peppercorn Sichuan, kicap cair, kicap pekat, cili kering sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging batang pinang yang sudah dihiris nipis, minyak bijan dan sayur brokoli, perasakan garam.
3. Taburkan gajus dan bijan putih. Hias dengan hirisan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Rasa pedas peppercorn Sichuan dan lada kering sungguh melazatkan
Anggaran kos : RM40
INFO CHEF : Memasak cara stir fry ini menggunakan hanya minyak yang sedikit.
5. STIR FRY DUMPLING INTI UDANG DAN BAYAM (China)
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti dumpling :
- 200gm isi udang | dihancurkan
- 100gm bayam | dicincang
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu makan lobak masin
- 1 sudu makan peppercorns Sichuan | dikisar halus
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan cuka
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu makan air
- 2 sudu makan minyak masak
- 15 keping kulit wonton
Bahan menumis :
- 50gm lobak merah | dipotong halus batang mancis (fine julienne)
- 50gm lobak merah | dipotong halus fine julienne
- 1 sudu makan halia | disagat halus
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2 sudu makan kicap cair
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula sediakan bahan-bahan inti dumpling, gaulkan kesemua bahan-bahan kecuali tepung jagung dan air.Perasakan dengan garam secukupnya.
2. Ambil sekeping kulit wonton dan satu sudu teh inti dumpling, kemudian lipat dua. Gunakan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air sebagai pelekeat kulit wonton.
3. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan dumpling dalam 10 minit dan ketepikan
4. Kemudian panaskan minyak tumiskan bawang putih yang telah dicincang halus, tumis sayur lobak merah, timun dan halia sehingga masak.
5. Masukkan kicap cair, minyak bijan dan perasakan dengan garam.
6. Kemudian masukkan dumpling yang telah digoreng sebentar tadi, kacau sebati.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian pembuka selera, China
Keistimewaan : Enak dimakan begitu sahaja dengan ramuan peppercorn Sihuan sungguh berperisa
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Terdapat pelbagai kaedah memasak dumpling selain menggoreng , boleh juga dididihkan atau direbus dan juga dikukus.
RESIPI : NORSHAZILA MOHAMED RAHMAN, NORAZILAH ABD RAHMAN & HARMAYAH ARGADAN
Terima kasih : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jalan Ampang Pechah, Kampung Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru, Selangor. http://kemahiran.kbs.gov.my/index.php/ms/ikbn-peretak-laman-utama
FOTO : TN AZMAN TN MUDA
Lidah Lembu Bakar Dan Air Asam, Terliur Dibuatnya
Sedap makan lidah lembu. Selain dibuat sup, salah satu cara menyediakan hidangan berasaskan lidah lembu adalah dibakar. Kemudian dimakan dengan cara dicecah pada air asam. Memang sedap. RASA berikan resipinya untuk anda cuba sendiri di rumah.
LIDAH LEMBU BAKAR & AIR ASAM
BAHAN PERAP
1 kg lidah lembu | potong 3
3 cm kunyit hidup | atau 2 sudu besar serbuk kunyit
Garam | jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Letakkan lidah lembu dalam bekas. Taburkan kunyit dan garam.
2. Perap seketika.
3. Panaskan kuali dan letakkan lidah lembu di atasnya.
4. Balik-balikkan sehingga masak.
BAHAN AIR ASAM (KISAR HALUS)
2 ulas bawang merah
3 tangkai cili padi merah
2 tangkai cili padi hijau
2 tangkai cili merah besar
2 sudu besar asam jawa | bancuh dengan 1/2 cawan air masak
Sedikit belacan | dibakar
3 sudu besar gula
BAHAN AIR ASAM (HIRIS)
1 labu bawang besar | dipotong dadu
1 biji tomato | dipotong dadu
2 tangkai cili padi hijau | hiris halus
CARA MEMBUAT AIR ASAM
1. Masukkan bahan hiris ke dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan kisar halus ke dalam mangkuk tadi.
3. Kacau sehingga sebati. Sedia dinikmati dengan lidah lembu bakar.
Selamat mencuba!
Sedapnya Bistik Daging, Resipi Istimewa Daripada Tok Sendiri
Biasa kita dengar bistik telur saja, haa kali ini kita bawakan resipi bistik daging. Sedap sangat, siap ada kuahnya sendiri.
Resipi daripada Marhaini Awang ini katanya, dikongsi oleh datuknya sendiri.
RESIPI CARA BUAT BISTIK DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | dicincang atau dikisar
3-5 keping biskut jagung | dihancurkan
Lada sulah/lada hitam kisar
Kicap – beli online DI SINI
Sedikit gandum – beli online DI SINI
3 biji telur
Garam & sedikit ajinomoto (jika suka)
TONTON Istimewa Rasa 20 Tahun: 20 Petua Mudahkan Tugas Di Dapur
TONTON Let’s Cooking: Daging Goreng Thai
CARA-CARA:
1.Daging dikisar atau dicincang. Kemudian masukkan biskut jagung, gandum, kicap, lada sulah, garam dan ajinomoto. Gaul rata.
2. Kemudian, bulat-bulat dan leperkan. Celup dalam telur.
3. Goreng dalam minyak yang banyak. Angkat dan toskan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN KUAH:
5 – 7 biji bawang merah – beli online DI SINI
3 biji bawang putih – beli online DI SINI
2 sudu lada hitam |dikisar kering
Sos cili & sos tomato
Kicap
Tepung jagung untuk pekatkan kuah – beli online DI SINI
HIASAN (JIKA SUKA)
Bawang besar holland | mayang – beli online DI SINI
Cendawan butang
Ubi kentang | potong-potong & goreng – beli online DI SINI
CARA-CARA:
1. Kisar bawang merah dan bawang putih. Kemudian, tumis dengan lada hitam hingga naik bau dan garing.
2. Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili, kicap dan air. Kacau-kacau rata.
3. Masukkan juga sedikit air tepung jagung, gula, garam, ajinomoto, bawang besar. Kacau-kacau. Boleh juga masukkan kacang peas dan cendawan butang jika suka. Kacau hingga sebati.
4. Tuang ke atas bistik daging apabila dihidangkan. Selamat mencuba.
Kredit resipi: Marhaini Awang
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: