Teringin nak makan kek butter zaman mak-mak kita dulu. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak dan cara buatnya juga mudah. Inilah sebab ia menjadi kesukaan ramai. Teksturnya sangat lembut dan gebu. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Rozel ini. Mesti korang puas dan tak berhenti makan sebab rasanya yang sedap.

BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega (buttercup)
1 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
Sedikit esen vanila
4 biji telur

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN

#oven di panaskan terlebih dahulu#
1.Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih
2.Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi dlm 3 minute
3.Masukkan tepung gandum
4.Masukkan baking powder dan pukul lagi
5.Masukkan esen vanila dan pukul lagi
6.Sediakan loyang, sapu mentega di dalam dan keliling
7.Tuang adunan..ketuk-ketuk sikit biar sama rata dalam loyang
8.Bakar dalam suhu 175°c /45-50 minit bergantung pada oven.

IKLAN

Kredit resipi & foto: Rozel Kitchen

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI