Hidangan berasaskan ikan memang menjadi keutamaan tidak kira untuk makan tengahari dan juga malam. Tambah menyelerakan apabila resipi ikan boleh dipelbagaikan sama ada dibakar, digoreng atau dibuat gulai. Pilihan ikan juga memberi rasa yang berbeza. Tepuk dada tanya selera. Berikut resipi ikan yang boleh anda cuba masak dan rasai kenikmatannya.

Resipi Masakan Ikan Memang Tak Jemu Makan. Boleh Buat Untuk Menu Harian Sekeluarga

IKAN TALAPIA BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor ikan talapia merah | dibersihkan
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 biji bawang besar | dihiris halus
  • 3 biji bawang putih | dihiris halus
  • 2cm halia | diketuk
  • 2cm lengkuas | dihiris halus
  • 2 batang serai | diketuk
  • 15 tangkai cili kering | direndam dan dikisar
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula merah secukup rasa

BAHAN AIR ASAM:

  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 2 biji cili merah | dihiris
  • 8 biji cili api hijau | ditumbuk halus
  • 1 1/2 biji bawang merah | dihiris
  • Sedikit belacan bakar | ditumbuk
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Bagi menyediakan sos perapan ikan, panaskan minyak dan tumis bawang, halia, lengkuas dan serai sehingga naik wangi.

2. Kemudian masukkan cili kering bersama air asam jawa dan biarkan sehingga garing.

3. Perasakan dengan garam dan gula merah dan kacau rata.

4. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Sebaik mendidih, angkat dan ketepikan.

5. Lumur ikan bersama dengan sos perapan dengan secukupnya. Bakar hingga masak.

6. Bagi menyediakan air asam, campur kesemua bahan dan gaul rata.

7. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Masakan Ikan Memang Tak Jemu Makan. Boleh Buat Untuk Menu Harian Sekeluarga

IKAN BILIS GORENG TAUCU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 genggam ikan bilis siap kopek
  • 5 biji cili besar hijau | dibelah 4 dipangkalnya
  • 5 biji cili padi vietnam | diketuk
  • 2 biji bawang besar | dipotong bulat
  • 3 ulas bawang putih | dihiris nipis
  • Sedikit halia muda | dihiris halus
  • 2 sudu makan taucu
  • 1 sudu cili kering kisar
  • 2 biji timun jepun | dipotong memanjang
  • Sedikit kacang panjang | dipotong pendek
  • 5 biji tomato ceri
  • Sedikit pes asam jawa
  • 1 gelas air
  • Minyak untuk mengoreng

CARA MEMASAK:

1.   Goreng ikan bilis sehingga garing ketepikan.

2.   Dengan minyak yang sama, tumis cili kering sehingga garing.

3.   Kemudian masukkan bawang putih, halia bawang besar goreng sehingga bawang agak layu.

IKLAN

4.   Masukkan taucu kacau lagi.

5.   Masukkan kesemua bahan-bahan lain, air, asam jawa dan ikan bilis.

6.   Siap dan sedia untuk dinikmati bersama nasi panas-panas dan ikan goreng.

Kredit resipi & gambar: Chah Tina

 

Resipi Masakan Ikan Memang Tak Jemu Makan. Boleh Buat Untuk Menu Harian Sekeluarga

SIAKAP KUKUS VERSI THAILAND

BAHAN-BAHAN:

  • 1ekor ikan siakap
  • 3 biji tomato | dipotong dadu kecil
  • 1 biji bawang besar | dipotong halus
  • 10@12 bji cili api | dipotong halus
  • 2 inci halia | dipotong halus
  • 3 biji bawang putih jeruk | dipotong halus
  • 2 sudu besar air bawang putih jeruk
  • 5 biji asam limau
  • Sedikit daun ketumbar | dihiris
  • Ajinamoto
  • 1 sudu kecik secukup rasa
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu garam

CARA MEMASAK:

1.  Bersihkan ikan dan rendam dalam air asam jawa. Rendam seketika. Kemudian, bersihkan ikan dan letak ikan di dalam bekas tahan panas.

2.  Masukkan ajinomoto, garam, gula, bawang putih jeruk, bawang besar, halia, cili padi, tomato, jus limau nipis, air bawang putih jeruk dan secukup rasa. Sebatikan.

3.  Kukus ikan selama 25 minit.

4.  Setelah ikan masak, taburkan daun ketumbar.

IKLAN

5.  Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Ieyda Fieyda Fauzi via MAHN

 

Resipi Masakan Ikan Memang Tak Jemu Makan. Boleh Buat Untuk Menu Harian Sekeluarga

 

GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN TALANG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
  • 1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
  • 5 batang serai | diketuk
  • 5 helai daun kunyit | disiat
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 liter santan cair
  • 2 kg santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:

  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
  • 1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  • Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
  • Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
  • Masukkan asam gelugur dan tuang santan pekat. Kacau perlahan.
  • Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
  • Sedia untuk dihidangkan

Resipi Masakan Ikan Memang Tak Jemu Makan. Boleh Buat Untuk Menu Harian Sekeluarga

LAWAR IKAN TAMBAN

  • 5 ekor ikan tamban (dibuang sisik dan dibuang tulang)
  • Cuka makan

(Perap ikan bersama cuka dalam 10 minit)

IKLAN
  • 3-4 biji limau nipis (kena masam)

BAHAN ULAM:

  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Pucuk janggus/gajus
  • Cili padi
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA:

1. Ikan yang diperap tadi diperap dibuang air perapannya. Kemudian potong kecil isinya.

2.Tumbuk cili padi mengikut tahap kepedasan yang digemari.

3.Masukkan cili tumbuk kedalam isi ikan yang telah dipotong tadi. Perah jus limau nipis.

4.Masukkan daun kesum, pucuk janggus dan bunga kantan. Perasakan dengan garamdengan secukup rasa.

5.Akhir sekali masukkan hirisan kacang panjang. Gaul sebati. Sedia untuk dinikmati.

Kredit gambar& resipi: Mastura Hassan via MAHN

 

Resipi Masakan Ikan Memang Tak Jemu Makan. Boleh Buat Untuk Menu Harian Sekeluarga

KARI IKAN SENANGIN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan senangin saiz sederhana ] siang dan potong
  • 400ml susu rendah lemak
  • 2 biji tomato ] belah empat
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 biji cili merah belah dua
  • 1 biji cili hijau ] belah dua
  • 3 sudu makan rempah kari ikan + 1 cawan air dibancuh hingga sebati
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Air secukupnya
  • Garam bukit dan gula secukupnya ( kurangkan)
  • Minyak zaitun untuk menumis

BAHAN TUMIS:

  •  4 biji bawang merah ] hiris
  •  2 ulas bawang putih ] hiris
  •  1 inci halia ] hiris
  •  2 pelepah daun kari ] dilurut
  •  1 sudu teh halba campur

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam periuk, masuk bahan masak dan tumis hingga harum dan bawang layu. Tambah cili giling dan tumis hingga garing. Tambah bancuhan rempah kari ikan, dan tumis hingga garing.
  2. Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Tambah garam bukit secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan susu, tomato, cili merah, cili hijau dan kacau perlahan. Biar masak sekejap. Tutup api dan angkat.
  3. Sedia dinikmati.

INGIN MEMBELI PERIUK NASI BARU, BOLEH LIHAT DI SINI

Empat Hidangan Dari Biskut Oreo , Kesukaan Remaja & Kanak-Kanak

Resipi Ikan Patin Tempoyak Versi Perak Yang Sedap & Menyelerakan

Mi Udang Kuala Sepetang, Kuahnya Tu Kena Buat Sedap-sedap

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI