Ramai juga beranggapan daging kambing mengandungi kolesterol yang tinggi lantas membuat badan terasa panas. Namun sebenarnya daging kambing mempunyai pelbagai manfaat. Kambing mengandungi paras kolesterol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain. Buat yang menggemari daging kambing ia boleh dipelbagaikan menu masakan.
Anda boleh cuba resipi daging kambing masak pasamah, menurut Zakuan resipi ini diajar kepadanya oleh arwah toknya.
Bahan-bahan
2kg kambing
Rempah daging cap Babas-BELI ONLINE DI SINI
10 tangkai cili kering*-BELI ONLINE DI SINI
5 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
1 labu bawang putih *
1 inci halia*
1 sudu serbuk kas-kas
Gula melaka-BELI ONLINE DI SINI
Kerisik-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan air
Daun sup
Bawang bulat
Cara memasak:
1.Goreng ke semua bahan-bahan yang bertanda*sampai kuning, Sudah goreng biarkan sejuk baru dikisar bahan-bahan ini.
2.Kemudian ambil bahan-bahan yang dikisar dan tuang dalam kuali. Masukkan rempah dan kambing. Masak sehingga naik minyak dan wangi dalam masa 20 minit.
3.Bila dah naik minyak dan wangi, masukkan kerisik,gula melaka,garam dan air 1 cawan,masak dalam 5 minit masukkan daun sup dan bawang bulat
4. Masak dalam masa 3 minit , siap untuk dihidang.
Kredit : Zakuan Laris P
#mahn
Anda sedang mencari FOOD STEAMER? Boleh klik DISINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Masak Daging Goreng Kunyit Yang Lembut & Tidak Liat
Menu daging goreng kunyit amat mudah untuk disediakan dan menjadi kegemaran ramai. Namun, salah satu masalah yang kita hadapi bila memasak hidangan ini adalah dagingnya keras dan liat, terutamanya bila sudah sejuk. Untuk atasi masalah ini, jom kita baca perkongsian dan tip oleh Nana Ismail.
TIP NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL
1. Daging tu nak senang potong dan tak juling mata nak tengok urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak (dalam dia of coz la masih mentah). Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong.
2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat la.
3. Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging letak kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
4. Lepas tu korang letak minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja. Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjus gitu.
5. Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, letak sayur then bagi terjun balik daging tu. SETTLE!
KREDIT RESIPI & FOTO: NANA ISMAIL
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:
Koleksi Resipi Lauk Pauk Kampung Asli Kelantan. Unik, Sedap & Wajib Cuba.
Singgang, kerutuk min rasa korang pernah cuba. Tapi ada lagi lauk orang Kelantan yang ‘rare’. Gulai Ikan Nasi Berlauk, Lawar dan Teresek. Gulai Ikan tu adalah lauk yang dijual di waktu pagi sebagai sarapan. Lagi dua menu iaitu Lawar & Teresek, yang ni, dekat kedai pun susah jumpa orang jual. Bagi yang teringin nak rasa, ini resipi yang anda boleh cuba.
1. GULAI IKAN IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua
- 1000ml santan
- 2 keping asam gelugor
- 5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm
- 1 /2 batang timun | hiris bulat
- 8 biji cili padi
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3cm lengkuas | hiris nipis
- 3cm kunyit hidup
- 6 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata .
- Masukkan ikan dan asam keeping. Kemudian didihkan di atas dapur.
- Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan timun.
- Kemudian dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan kembung, boleh guna ikan tongkol. Tetapi ikan tongkol perlu direbus dahulu sebelum dibuat gulai.
2. KERUTUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam kampung | potong empat
- 3 sudu makan rempah kerutup
- 2 sudu makan kerisik
- 1 sudu makan sos tomato
- 500ml santan pekat
- 1keping gula Melaka
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
- Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
- Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
- Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
- Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
- Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam kampung, itik juga enak dimasak dengan resipi kerutup ini.
3. LAWAR IKAN TAMBAN
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor ikan tamban | bersihkan
- 5 biji limau nipis | ambil jusnya
- 6-7 biji cili padi | hiris halus
- Sedikit hirisan daun kesum
- Sedikit hirisan daun selom
- Sedikit hirisan daun ulam rasa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Ikan yang telah dibersihkan tadi diasing tulang dan isinya.
- Hiris halus atau potong dadu kecil isi ikan tadi.
- Tuangkan jus limau nipis di dalam mangkuk berisi isi ikan tadi.
- Gaul rata sehingga isi ikan menjadi putih.
- Masukkan hirisan cili, daun kesum, selom dan ulam rasa.
- Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah siap, Lawar Ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Semasa mengaul isi ikan dengan jus limau nipis, pastikan isi ikan bertukar warna dari merah kepada putih. Warna putih adalah tanda isi ikan sudah masak dan sedia dimakan.
4. SINGGANG DAGING BUDU LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan budu
- 1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
- 1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
- 3 keping asam gelugor
- 4 -5 hirisan lengkuas | titik
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 10 biji cili padi | titik atau hiris
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
- Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
- Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Rasa Daging Singgang ni pedas, manis, masin dan masam,sangat sedap dimakan bersama nasi putih panas.
5. TERESEK KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
- 10 batang kacang panjang
- 3 biji cili hijau
- 250gm kepak dan leher ayam | potong kecil
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan kerisik
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan air asam Jawa
- 3 cawan santan pekat
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm kunyit hidup
- 2cm halia
- 2 hiris lengkuas
- 1 sudu makan serbuk ketumbar biji | sangai dan kisar kasar
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes cili dan kacau lagi.
- Setelah pecah minyak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika, masukkan campuran isi ayam yang telah dipotong kecil tadi.
- Kacau rata hingga ayam kecut, masukkan air asam Jawa diikuti santan.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan kerisik dan kacang panjang. Gaul rata.
- Apabila kacang layu. Tutup api dan Teresek Kacang Panjang sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Teresek Kacang Panjang ini adalah menu rewang di kebanyakan tempat di Kelantan.
Patutlah Sedap Phad Kra Pao Daging Ni, Daun Selasih Penyedap Masakan
Hidangan Thai sememangnya menjadi kegemaran ramai. Biarpun hanya hidangan ringkas, namun aroma dan rasa memang menyelerakan. Phad Kra Pao ini dihidangkan bersama nasi serta telur mata. Hidangan ini jadi tambah sedap dengan adanya daun selasih. Penggunaan bahan masakan seperti lada Thai, sos ikan dan sos soya menambahkan rasa pedas serta pekat daging digoreng.
Phad Kra Pao Daging
Bahan-bahan:
150gm daging cincang
6 tangkai lada Thai
10 hingga 20 helai daun selasih Thai
50gm bawang putih
2 sudu teh sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos soya
2 sudu teh gula
Sedikit serbuk perasa
1 biji telur – digoreng
Cara memasak:
1. Panaskan kuali dengan 2 sudu minyak masak.
2. Tumis bawang putih dan cili api selama 20 saat sehingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang dan kacau hingga masak selama dua hingga tiga minit.
4. Masukkan sos tiram, sos ikan, soya sos, gula dan perasa. Kacau sehingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan daun selasih Thai. Kacau rata.
5. Daging kra pao sudah boleh dihidangkan dengan telur mata goreng dan nasi putih.
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.
https://www.rasa.my/datin-balqish-banu-kongsi-resipi-ayam-sambal-merah-kurma-daging-untuk-aidiladha/