Resipi AYAM MASAK MERAH antara menu yang sering ada tiap kali open house. Biasanya  ayam masak merah padu dimakan dengan nasi tomato. Buat yang ingin membuatnya boleh tengok langkah yang dikongsi oleh Encik Mohamad. Menurutnya setiap kali raya n open house dia selalu masak ayam merah ni. Ramai yang cakap sedap n berbeza dengan yang biasa mereka makan. Setiap kali yang rasa pasti suruh dia  masak lagi.. ni dia share resepi nya.

Tumis rempah 4sekawan n daun pandan. Daun pandan bagi wangi n lagi sedap. Nak tambah serai pon boleh.. saya terlupa nak letak. Dh siap masak baru teringat. Hahah

2.Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Tumis bawang hingga layu

3.Kemudian masukkan cili kering yang telah dimesin bersama bawang merah+halia+kunyit+bawang putih. Tumis hingga pecah minyak.

4.Kemudian masukkan sedikit asam jawa.

 

5.Ni rahsia ayam merah saya. Guna sos cili life. Tambah sos cili agak2 ikut kpekatan n kepedasan yang kita mahu. Sos cili ni bagi rasa manis pedas yang lain berbanding cili mesin tu.

6.Ni pon salah satu rahsia. Tambah gula nisan or gula merah. Gaul sekata

7.Tambah bahan perasa. Gula pasir.garam.ajinomoto. gaul sekata. Jika agal pekat boleh tambah air ya.

 

8.Tambah ayam yang telah digoreng dengan kunyit.

 

9.Gaul sehingga sebati biar agak2 5minit biar sambal2 tadi meresap ke dalam ayam. Ayam yang digoreng jangan digoreng garing nanti keras pulak.

 

10. Boleh tambah daun sup jugk kalau suka.

Credit : Mohamad Firdaus
#mahn