Episod ke lapan Rasa: Jelajah Rasa Nusantara, sekali lagi Adam Didam dan Ili Sulaiman akan meneroka keunikan dan keenakan masakan Vietnam dan mencari persamaan serta perbezaan dengan masakan di Malaysia. Pasti menarik kerana pastinya akan ada pelbagai info menarik yang bakal di kongsi. Malah anda juga boleh cuba masak sendiri hidangan dari negara Nusantara ini nanti. Jadi jangan lupa untuk sediakan pen dan kertas untuk salin resipi ya.
Rasa kini tampil dengan rancangan terbaru Rasa: Jelajah Rasa Nusantara. Kali ini Adam Didam dan Ili Sulaiman akan jelajah ke Nusantara untuk mempelajari satu hidangan yang ada persamaan dengan hidangan di Malaysia. Saksikan Jelajah Rasa Nusantara, setiap hari Isnin jam 12 tengah hari hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.