Kalau anda orang utara pasti tahu akan nasi ulam. Istimewanya nasi ulam ialah nasinya dikukus dan dicampur dengan pelbagai herba, daun pegaga dan disertakan dengan lauk sampingan. Antara ulam ulaman yang dicampur ialah daun kaduk, daun kunyit , daun selom dan lain-lain. Kerisik dan rempah lain dicampur sebagai penambah rasa.Kadang-kadang ikan goreng cincang dicampur juga. Jika ada yang teringin nak buat resipi ini boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Ana Mizi

Bahan- bahan:
Daun selom
Daun kesum
Daun kemangin
Daun ulam raja
Daun kunyit
Pelbagaikan jenis ulam lagi byk ulam lgi sedap pastikan ulam yg beraroma
Bawang besar sebiji serai 5-6 batang
Bahan diatas dihiris halus

Bahan-bahan tumbuk:
Ikan tenggiri masam atau gelama masam digoreng dan di tumbuk
1/2 inci lengkuas 
15-20 biji cili padi 
1 inci belacan 
3 sudu besar beras – digoreng tanpa minyak hingga garing dan tumbuk halus
Kerisik
7-10 senduk nasi sejuk 

Cara- caranya:

1.Masukkan bahan tumbuk ke dalam nasi dan gaul rata.

IKLAN

2.Kemudian masukkan bahan hirisan tadi .

3.Kacau sama rata tak payah masukkan garam sebab ikan tadi dah masin kalau kurang silakan tambah sedia untuk dihidang

IKLAN

Selamat mencuba.

Kredit : Ana Mizi

IKLAN

Resipi Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok, Memang Sedap!

Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap & Mudah Boleh Buat Secara Homemade.

Mudah & Sedap. Ini Cara Masak Nasi Briyani Udang Macam Dekat Restoran

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI