Petang-petang kalau pekena scone panas-panas dengan secawan kopi memang padu  sedapnya.   Lebih sedap, bila secone hasil air tangan sendiri, barulah anda  mendapatkan rasa scone atau roti bantat yang lemak ini secara segar  dan panas . Lebih sedap kalau dibelah tengah dan disapu dengan mentega dan dilapisi jem. Tak tau macam mana nak buat, nah ini resipinya:-

SCONE

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
IKLAN
  • 500gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh cream of tartar
  • 1 sudu teh garam
  • 125gm mentega tanpa garam sejuk   ] potong dadu
  • 25gm gula kastor
  • 1 biji telur | pukul
  • 275gm buttermilk/susu

CARA  MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selcius.
  2. Ayak tepung bersama soda bikarbonat, cream of tartar, garam dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan mentega. Gunakan jari, gaulkan ke dalam tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan gula dan gaul rata.
  3. Ketepikan 1/3 daripada telur dan campur selebihnya dengan buttermilk dan tuang ke dalam adunan tepung dan guli menjadi doh lembap. Taburkan tepung di atas pencanai dan uli Canai setebal 2 cm.
  4. Bahagikan doh kepada 12 menggunakan acuan bulat dan susun atas dulang pembakar. Sapukan telur yang dicampurkan dengan sedikit susu di atas doh dan bakar selama 15 minit.
  5. Angkat dan sedia dinikmati bersama mentega dan jem.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI