Menu asam pedas ni memang tidak boleh ditolak kalau dihidangkan. Lain tempat lain pula caranya. Asam pedas orang Melaka caranya berbeza berbanding orang Johor. Walau bagaimanapun kedua-duanya mempunyai keenakkan yang tersendiri. Sebagaimana asam pedas yang dikongsi oleh Yatie Kitchen ini rahsia penyedap asam pedasnya ialah ikan bilis dikisar dan dimasukkan dalam ramuan juga bahan ditumis lima kali bagi memastikan cili benar-benar masak. Boleh ikut cara ini kalau nak asam pedas yang power rasanya.
Asam Pedas
Bahan-bahan:
Ikan
1 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 inci kunyit hidup-kisar
Secubit belacan -kisar
Secubit ikan bilis-kisar
Kiub ikan bilis
3-4 senduk cili kisar
1 sudu kecil pes asam jawa
Daun kesum
Bendi
Garam secukupnya
Mushroom seasoning
Cara memasak:
1.Kisar halus bawang, kunyit, belacan dan ikan bilis. Pastikan air kena sama level dengan paras bahan kisar.
2.Panaskan minyak tumis bahan kisar, masuk cili kisar dalam 3-4 senduk, masuk pes asam jawa, biarkan sampai pecah minyak.
3.Masuk air dalam blender pengisar 1/2 blender ( bekas kisar bawang tadi jangan buang), bila pecah minyak masuk air blender tu sikit, ulang langkah yang sama 5 kali, kalau merecik tutup periuk tapi bukak sikit saja ,sendalkan dengan senduk supaya tak tutup rapat.
4.Dah habis ulang 5 kali , cili dah betul-betul garing , tuang semua air dalam blender tu, kalau kurang masuk air 1 cawan , biarkan mendidih, baru masuk ikan.
5.Kuah mendidih lagi last baru masuk daun kesum dan bendi.
6.perasakan dengan garam dan mushroom seasoning ( kalau agak-agak tak pasti,mulakan dengan 1 sudu kecil garam ) dan rasa
Kredit:FBYatiekitchen
Kari Ikan Versi Sihat Guna Yogurt, Rasa Lemak-Lemak Sedap Saja
Resipi Pes Botok-Botok Johor Sedap. Sekali Cuba Pasti Puas Hati
http://www.rasa.my/20-resipi-kukus-rebus-istimewa-sempena-ulang-tahun-rasa-ke-20/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI