Wah memang terbaiklah dapat nikmati kuih legend ni. First time buat ambik resepi dari Facebook juga. Alhamdulillah menjadi.Resepi putu bambu acuan kuih lompang. Ada ubah sikit resipi.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan air
1/2sudu teh garam (agak2 je takut masin)
1 helai daun pandan
(Air + daun pandan+ garam masak sampai naik wangi)- tutup api
Cara memasak:
1.Ambik air 16 sudu masukkan ke dalam tepung beras kemudian gaul(akan berketul2)
2.Kemudian ayak di dalam penapis kasar sampai habis. Dia akan menjadi tepung balik. Biar dan jgn diuli. 3.Masukkan ke dlm acuan lompang, masukkan gula merah. Kemudian tabur tepung tadi. Jgn tekan2. Jgn bagi padat.
4.Panaskan air dlm kukusan sehingga mendidih dahulu. Tudung periuk pengukus mestilah dilitupi dgn kain supaya wap air tidak terkena atas kuih. Kukus selama lebih kurang 15minit dgn api yg kuat
Kredit:Koleksi Resipi Kuih Muih
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bebola Tauhu Telur Puyuh Serius Sedap, Rugi Tak Cuba Ni.
Emak-emak semua, Bebola Tauhu Inti Telur Puyuh ini, boleh dimasukkan dalam list menu bekal anak korang ke sekolah, gerenti anak-anak tak tolak punya. Selain sedap berkhasiata menu ini sangat mudah disediakan, buat malam sebelum tidur, pagi tinggal goreng je. Selain sedap makan begitu saja, cicah dengan sos cili atau sambal kicap pun sedap tau..
TAUHU RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
- 100gm isi ayam | kisar
- 10 biji telur puyuh
- 2 keping tauhu putih | hancurkan
- 1 bungkus mi segera | hancurkan
- 1 biji telur | pecah dan kacau
- 2 ulas bawang putih | kisar
- ½ sudu teh serbuk lada sulah
- ½ sudu teh serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Campurkan tauhu yang telah dihancurkan bersama ayam kisar, bawang putih, lada sulah, garam,serbuk pati ayam dan telur yang sudah dikacau. Adun rata.
- Ambil satu sudu makan adunan kemudian leperkan dan letakkan telur puyuh ditengah. Bulatkan semula sebesar bola pingpong.
- Ulang proses hingga habis adunan.
- Golekan adunan di dalam bekas mi kering yang telah dihancurkan. Lakukan hingga habis.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng bebola tauhu yang bersalut mi segera tadi.
- Angkat dan toskan sebelum sedia dihidangkan.
Sedapnya… Ayam Briani & Cucur Bawang, Pelakon Dilla Ahmad Ni ! Korang Boleh Cuba.
Jangan ingat sibuk di depan kamera, Dilla Ahmad tidak sempat ke dapur ye… Bila ada kesempatan rehat tanpa lakonan, dia tetap masuk dapur menyediakan hidangan yang ringkas dan mudah untuk keluarga. Tak percaya? Ini dua menu yang dikongsikan oleh Dilla dengan RASA yang anda semua boleh cuba.
AYAM BRIANI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | gaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam
- 3 sudu makan rempah briani
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan kismis
- 3 sudu makan bawang goreng
- 3 sudu makan puri tomato
- 2 sudu makan sos cili
- 1 biji tomato | belah enam
- 1 pokok daun ketumbar | botong 3-4cm
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 4cm halia
- 5 biji cili hijau
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar hingga wangi.
- Kemudian masukkan rempah briani yang dibancuh dengan sedikit air, kemudian tambah dengan puri tomato dan sos cili.
- Seterusnya, masukkan ayam, bawang goreng, kismis, daun ketumbar dan santan.
- Kacau atas api sederhana sehingga kuah pekat dan timbul minyak.
- Akhir sekali masukkan tomato, dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Selepas beberapa minit bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi beriani.
CUCUR BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 250gm bawang besar | cincang
- 1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
- 1/2 cawan hirisan daun bawang
- 1 biji telur
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk, kecuali telur dan air. Gaul rata.
- Seterusnya masukkan telur dan air secukupnya.
- Adun adunan tepung hingga sebati.
- Panaskan minyak, dan goreng cucur hingga kekuningan.
- Angkat dan hidangkan bersama sos cilia tau kuah kacang.
Kenali 6 Jenis Labu Berkhasiat & Cuba Resipi Berasaskan Labu
Buat mereka yang mementingkan kesihatan dan inginkan masakan yang berkhasiat, boleh bermula dengan labu kuning.
Labu kuning (pumpkin) agak mudah untuk diperoleh di negara kita. Labu kuning mengandungi zat seperti beta karoten, vitamin A, vitamin C, zink, selenium dan tanaman ini berkhasiat sebagai antioksidan yang baik.
Dengan memakan buah labu secara teratur, akan memperbaiki fungsi dan kerja pankreas akan baik dan insulin dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Selain itu buah tersebut tidak menaikkan zat gula darah dalam tubuh sehingga sangat baik untuk mencegah penyakit diabetes.
Labu kuning memiliki manfaat untuk melindungi sistem pencernaan agar mampu berperanan dengan baik kerana kandungan serat yang tinggi. Serat itu dapat membantu menjauhkan kita daripada sembelit, buasir dan masalah pencernaan lainnya. Serat juga sangat disarankan di dalam diet sihat, diet untuk mengontrol kolesterol, diet penurunan berat badan dan diet untuk diabetes.
Labu juga sangat baik untuk kesihatan buah pinggang dan mampu mencegah penuaan awal kerana mengandung antioksidan dan mengubati bisul.
Labu kaya akan vitamin A, C dan E dan mineral, yang berfungsi untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh dan anti radikal bebas.
ANTARA JENIS LABU:
LABU AIR
Teksturnya keras, warna kulit kehijauan, dan isi buah berwarna putih. Ia boleh dijadikan manisan kering atau dimasak menjadi lauk. Labu jenis ini mengandung getah yang lebih banyak dibandingkan labu lain. Oleh kerana itu, kupaslah labu di bawah air mengalir. Labu air mengandung kalsium, zat besi, dan vitamin C. Selain itu labu air kaya dengan serat, mineral, dan kalsium.
BUTTERNUT SQUASH
Rasa dan warnanya mirip dengan labu kuning, tetapi bentuknya oval dengan tekstur isi buah lebih lembut. Sangat sesuai dijadikan pelbagai hidangan pencuci mulut seperti seperti pudding dan kek. Seperti labu kuning, Butternut Squash juga sangat kaya vitamin A, C, mineral, dan serat.
COURGETTE
Courgette (Cucurbita Pepo) sangat popular di Eropah dan Timur Tengah. pelbagai masakan lazat tercipta daripada labu yang mirip mentimun ini. Labu yang masih muda sangat sesuai digunakan dalam masakan. Labu ini sangat lazat jika diisi dengan daging, campuran salad, ataupun ditumis dengan makanan laut.
LABU MI
Dipanggil labu mi atau labu spageti kerana isinya seperti mi bila dikeluarkan.Bentuknya pula mirip labu kuning. Semakin tua, tekstur isi buahnya akan semakin padat menyerupai mi. Labu ini sangat enak dibuat aneka puding, kuih, atau diolah menjadi sayuran, dipanggang dengan daging ataupun ditumis.
KABUCHA
Labu ini dipercayai berasal dari Jepun. Di pasaran ada dua jenis yang hanya berbeza bentuk. Acorn Squash berbentuk oval dan Kabucha pula berbentuk bulat. Enak dimasak menjadi sup, stew sayuran, atau hidangan penutup.
LABU SIAM (SECHIUM EDULE)
Bentuk labu siam (Sechium Edule) lebih kecil daripada jenis labu lain. Sifatnya pun bergetah dengan permukaan yang berbiku-biku. Labu ini sesuai dijadikan masakan sayur, seperti sambal goreng, sayur bersantan atau dikukus sebagai kudapan.
Selain masak lemak, pelbagai juadah lain boleh disediakan dengan menggunakan labu kuning. Kami kongsikan empat resipi yang boleh anda cuba.
PUMPKIN CAKE WITH BUTTERSCOTCH SAUCE
BAHAN PUMPKIN CAKE:
200gm puri labu
300gm tepung gandum
250gm gula perang
½ sudu teh esen vanila
2 sudu teh serbuk penaik
150gm marjerin
3 biji telur
150gm cip coklat
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN UNTUK SOS BUTTERSCOTCH:
250gm krim putar
120gm gula perang
50gm mentega
BAHAN UNTUK HIASAN:
Kepingan badam secukupnya
Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kek puri labu; Pukul marjerin dan gula perang hingga kembang di dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan telur, serbuk penaik dan esen vanila, pukul hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan puri labu ke dalam adunan tadi dan gaul sebati diikuti tepung gandum. Gaul lagi hingga adunan sekata.
4. Masukkan cip coklat dan gaul sebati. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 7×7 dan jika inginkan sedikit nipis, gunakan loyang 10×10.
5. Kemudian taburkan kepingan badam dan cip coklat di atas adunan. Bakar pada suhu 170˚c selama 35-45 minit. Keluarkan setelah kek cukup masak. Sejukkan dan ketepikan.
6. Untuk membuat sos butterscotch; Cairkan mentega dan masukkan gula perang di dalam kuali leper kecil.
7. Apabila gula perang mula cair, masukkan krim putar dan masak hingga berbuih dan likat. Tutup api dan angkat.
8. Biar sos sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke atas kek. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Untuk membuat puri labu; Buang biji dan kulit labu, potong kepada ketulan kecil dan rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan labu tadi dan kisar hingga menjadi halus.
PAI LABU
BAHAN-BAHAN KULIT PAI:
12gm tepung gandum
55gm mentega
40ml air
Secubit garam
Air secukupnya
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Di dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam dan mentega dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Bentukkan kulit pai di dalam acuan pai bersaiz 16 cm.
3. Cucuk dengan garpu di bahagian tengah pai dan bakar pada suhu 180˚C selama 20 minit. Angkat dan ketepikan.
BAHAN INTI:
65gm gula
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
½ sudu teh garam
100gm puri labu
100gm susu segar
1 biji telur
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati. Tuangkan ke dalam kulit pai yang dibakar tadi dan bakar semula pada suhu 180˚C selama 50 minit. Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Untuk menjimatkan masa, boleh membeli pastri segera yang sedia terjual di pasaran.
BURGER BERGEDEL LABU
BAHAN MEMBUAT ROTI BURGER:
250gm tepung roti/tepung high protein
5gm yis
10gm gula kastor
13gm marjerin
½ sudu teh garam
150gm air
UNTUK HIASAN:
Oat, bijan putih dan bijan hitam secukupnya
BAHAN UNTUK BERGEDEL LABU:
½ kg labu | dibuang kulit & biji, dipotong
Sedikit garam
Serbuk lada putih
Daun bawang potong halus
Bawang merah cincang halus
2 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bergedel labu; Potong labu kepada ketulan kecil dan goreng hingga masak dan lembut.
2. Angkat dan lecek labu menggunakan garpu hingga hancur. Perasakan dengan garam dan lada putih. Masukkan daun bawang dan bawang cincang.
3. Bahagikan kepada 15 bahagian. Bulat dan leperkan. Jika lembik, tepukkan sedikit tepung.
4. Celup ke dalam telur dan goreng semula hingga perang keemasan. Angkat, tos dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
5. Untuk membuat roti burger; Satukan bahan kering kecuali garam. Gaul sebati dan barulah masukkan garam.
6. Masukkan marjerin dan gaul sebati. Kemudian masukkan air dan uli hingga menjadi doh.
7. Bahagikan doh kepada 15 biji dengan anggaran berat satu doh 30gm dan bulatkan. Hiaskan atas roti dengan cara mencelupkan sedikit permukaan roti pada air dan celupkan ke dalam bekas berisi hiasan.
8. Tutup doh dengan plastik atau kain lembap. Biarkan doh kembang kepada dua kali ganda selama lebih kurang 45 minit.
9. Bakar pada suhu 180˚C selama 20 hingga 25 minit sehingga roti perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk.
10. Untuk menyediakan burger; belah di bahagian tengah roti. Letakkan bergedel labu di bahagian tengah dan tambahkan sos dan mayones. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga ditambah sayuran seperti daun salad.
MASAK LEMAK LABU KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
½ biji labu | potong
6 tangkai kacang panjang | potong
1 batang serai
400ml santan cair
400ml santan pekat
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
½ sudu teh serbuk kunyit
5-10 tangkai cili padi
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan cili padi, bawang besar dan bawang putih hingga hancur.
2. Masukkan santan cair ke dalam peruk dan tuang bahan kisar ke dalam periuk tersebut bersama serai yang dititik.. Gaul sekata.
3. Masukkan kepingan dan masak hingga kuah mendidih.
4. Apabila labu sedikit lembut, masukkan kacang panjang dan santan pekat. Gaul sebati.
5. Tambahkan sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biar ia mereneh. Apabila labu sudah empuk, matikan api dan hidangkan.
INFO CHEF: Boleh lebihkan cili padi jika inginkan rasa lebih pedas.
ROASTED PUMPKIN WITH ITALIAN HERBS
BAHAN-BAHAN:
5 potong labu
1 labu bawang putih | cincang halus
2 sudu makan jus lemon
3-4 sudu besar minyak zaitun
Sedikit serbuk Thyme
Sedikit serbuk Oregano
Sedikit Daun bay kering
Lada hitam secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Susun labu di dalam loyang dan tuangkan minyak zaitun di atas dan sekeliling labu.
2. Taburkan bawang putih cincang dan taburkan herba-herba Itali iaitu Thyme, Oregano dan daun Bay. Taburkan lada hitam, garam diikuti jus lemon.
3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200˚C selama 35 hingga 40 minit hingga labu empuk. Setelah labu masak sepenuhnya, bolehlah keluarkan dan dihidang.
INFO CHEF: Cara memastikan labu sudah empuk, cucuk dengan garpu.
Kongsi Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan Husin dan Megat Isahmudin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ceriakan Anak-Anak Dengan Donut Susu Bentuk Bunga, Memang Comel!
Kenali 6 Jenis Labu Berkhasiat & Cuba Resipi Berasaskan Labu
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: