Untitled design - 2019-10-02T123248.564

Bila pekena puding terasa nikmat ditekak. Lebih-lebih lagi kalau dimakan sejuk. Sangat mudah membuatnya dengan bahan-bahan yang mudah didapati.
Kalau buat lebih bolehlah dibawa ke pejabat untuk kawan-kawan merasanya. Rupanya yang berwarna-warni umpama pelangi sungguh mengundang sesiapa jer untuk menjamahnya.

Puding Sagu Pelangi

Bahan-Bahan:

1 cawan biji sagu putih
1 liter air
20gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair – 400ml, boleh guna santan
3 jenis pewarna kegemaran

Cara memasak:

IKLAN

1.Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih. Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir untuk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.

2.Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.

3.Dalam sebuah periuk yang lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.

IKLAN

4.Masukkan susu cair.Kemudian tutup api. Cedok 200ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sagu tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.

5.Cedok 200ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sagu dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi.

IKLAN

6.Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.

7.Ulangi beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sagu digunakan. Sejukkan di dalam peti ais.

NOTA:

Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer 1-2 minit suhu max. Supaya puding cepat membeku.
Sumber : FB Resepi Puding Sedap

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI