Untitled design (24)

Usai menjamu selera puding manis lemak berkrim pastinya melengkapkan sajian makan tengahari atau makan malam anda.

Enak dimakan sejuk dari peti ais, dua puding hasil idea tenaga pengajar dari KDU University College , Chef Fame Taufiq Fakarudin memang istimewa. Lembut dan cair di mulut…aahhh nyaman di tekak. Selamat mencuba.

Puding Nyaman Dan Inovatif KDU. Santan, Kopi & Strawberi Melazatkan Rasa

PUDING SANTAN DAN MOUSSE SANTAN

Puding Nyaman Dan Inovatif KDU. Santan, Kopi & Strawberi Melazatkan Rasa
BAHAN-BAHAN ;

  • 300 gm susu segar @ penuh krim
  • 200gm krim cair
  • 3gm garam @ secukup rasa
  • 100gm gula kastor
  • 15gm serbuk gelatin
  • 30gm air
  • 50gm daun pandan | dikisar bersama susu

Bahan mousse santan :

  • 120gm santan pekat
  • 300gm coklat putih
  • 15gm serbuk gelatin
  • 35gm air
  • 400gm krim putar manis
  • 3gm gula

CARA MEMASAK :
Puding Pandan

IKLAN
  1. Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
  2. Kisar daun pandan bersama susu, tapis dan buang serat pandan
  3. Campurkan krim, susu, garam dan gula ke dalam periuk
  4. Panaskan kesemua bahan tersebut diatas api yang sederhana dan masak sehingga suam
  5. Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
  6. Tuangkan adunan pandan ke dalam loyang atau gelas dan simpan di dalam peti sejuk sehingga kental
  7. Potong puding mengikut kehendak hidangan

Mousse Santan

  1. Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
  2. Cairkan coklat putih di atas air panas yang mendidih
  3. Panaskan santan dan garam bahan tersebut di atas api yang sederhana sehingga suam
  4. Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
  5. Campurkan coklat puti yang cari kedalam adunan tadi
  6. Pukul krim putar sehingga kembang
  7. Masukkan krim putar tadi kedalam adunan santan, gaulkan sehingga sebati
  8. Masukkan kedalam beg piping bersama star nozzle
  9. Paipkan mousse santan ke atas puding pandan

SAIZ HIDANGAN : 6- 8 orang

INFO CHEF :

IKLAN
1. Hiaskan bersama kepingan isi kelapa yang dihiris nipis, daun pandan dan juga sedap bersama kepingan coklat

2. Garam akan menaikkan rasa lemak di dalam setiap hidangan yang mengandungi santan, susu dan krim

PUDING STRAWBERI & KOPI ITALI

Puding Nyaman Dan Inovatif KDU. Santan, Kopi & Strawberi Melazatkan Rasa
Untitled design (21).

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 200gm susu segar @ susu penuh krim
  • 500gm krim cair
  • 4gm garam @ secukup rasa
  • 120gm gula kastor
  • 20gm serbuk gelatin
  • 60gm air
  • 10gm pes strawberi
  • 10gm pes kopi

CARA MEMASAK :

  1. Taburkan serbuk gelatin ke dalam air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
  2. Campurkan krim, susu, garam dan gula ke dalam periuk
  3. Panaskan kesemua bahan tersebut diatas api yang sederhana dan masak sehingga suam
  4. Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
  5. Bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian dan masukkan pes starwberi kedalam satu bahagian dan pes kopi ke dalam bahgian yang lain
  6. Tuangkan adunan strawberi ke dalam gelas yang disengetkan di dalam peti sejuk
  7. Sejukkan sehingga kental dan tuang adunan kopi kedalam gelas yang sama dan sejukan sehinggan kental
  8. Boleh dihindangkan bersama krim putar yang diletakkan hirisan strawberi, daun pegaga dan coklat ‘shaving’

INFO CHEF :Untuk memberi keenakan yang unik, puding ini boleh dihidangkan bersama sos strawberi

Resipi : Chef Fame Taufiq Fakarudin
Terima kasih : KDU University College, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam.
www.kdu.edu.my

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI