Puas Masak Sendiri Nasi Goreng Sotong Belacan Ikan Bilis Pedas Menyengit

Dah malam malam gini tetiba rasa lapar pulak. Kalau dapat goreng nasi guna nasi baki tengah hari tadi sedap ni. Boleh makan sambil tengok tv..nyum..nyum.

Penggemar makanan pedas boleh cuba resipii nasi goreng yang ringkas. Makan ketika masih panas buat lagi teruja makan nasi goreng sotong pedas ini.

NASI GORENG SOTONG PEDAS

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi putih (1 pinggan penuh)

BAHAN TUMIS:

IKLAN
  • 1 biji lada merah
  • 8 biji cili padi (tidak suka pedas kurangkan)
  • 3 biji bawang (sederhana)
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • Sedikit ikan bilis (goreng ketepikan)
  • 1-2 ekor Sotong  (dipotong)
  • Kacang, lobak merah (atau sayur-sayur lain kegemaran anda)
  • Kicap manis 
  • Kicap sotong
  • 1 biji telur
  • Garam & perasa
  • Minyak 

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk lada merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan & masukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi (tumbuk jangan hancur sangat bahan tadi) 
  2. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan tumbuk tadi goreng sekejap. 
  3. Masukkan sayur kacang panjang, lobak merah dan sotong.
  4. Gaul rata dengan api sederhana. Masukkan kicap sotong dan kicap manis (sukatan agak-agak secukup rasa)
  5. Pecahkan telur gaul rata dengan bahan tumisan tadi & masukkan nasi.
  6. Kacau dan rasa jika tawar letaklah sedikit garam.
  7. Goreng dalam 2 ke 3 minit &dan boleh tutup api. Sedia untuk dimakan.

INFO: 

IKLAN
  1. Boleh tukar berapa banyak kandungan cili padi yang anda suka. Ikut tahap kepedasan anda.
  2. Boleh makan bersama ulam seperti timun, salad atau tomato.
  3. Boleh juga tambah udang atau bahan lain.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Ryna Kharysta

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI