Hidangan nasi dalam masakan melayu sudah jadi kemestian. Ada juga merasakan tanpa nasi sehari bagaikan tidak lengkap menu hidangan. jika biasa nasi dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk. Untuk lebih istimewa anda boleh mengolah nasi dengan kepelbagaian rasa. RASA kongsikan menu berasaskan nasi untuk hidangan seisi keluarga atau boleh juga dihidangkan ketika tetamu berkunjung ke rumah nanti.

6 Menu Nasi Berbeza Rasa Dan Aroma Boleh Buat Untuk Makan Sekeluarga Semasa PKP

Nasi TUMIS PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras | dibersihkan
  • 3 1/2 cawan air
  • 3 biji bawang merah | dimayang
  • 2cm halia | dihiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan hingga wangi.
2. Kemudian masukkan air diikuti beras serta garam. Kacau rata.
3. Masukkan ke dalam bekas periuk elektrik dan biarkan nasi hingga masak.
4. Boleh dinikmati bersama telur rebus dan juga sambal bilis.

6 Menu Nasi Berbeza Rasa Dan Aroma Boleh Buat Untuk Makan Sekeluarga Semasa PKP

NASI MINYAK SRI PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras basmathi pusa | rendam sekurang-kurangnya setengah jam
  • 3 helai daun pandan | simpul
  • 150ml air pandan
  • 60 ml susu cair
  • 1 liter air
  • 1 batang serai | titik
  • 3 biji bawang besar | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia muda | kisar
  • Sedikit pewarna hijau
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan minyak masak

Bahan Rempah Penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk, tumiskan bahan kisar bersama daun pandan, serai dan rempah penumis hingga wangi.
  2. Masukkan beras, gaul rata kemudian masukkan air, susu cair, air daun pandan, pewarna hijau dan perasakan dengan garam.
  3. Setelah cukup rasa, pindahkan dalam periuk nasi elektrik dan masak lebih kurang 20-30 minit.
  4. Setelah masak, hidangkan bersama lauk pauk yang telah disediakan.

 

6 Menu Nasi Berbeza Rasa Dan Aroma Boleh Buat Untuk Makan Sekeluarga Semasa PKP

NASI SERAI

BAHAN-BAHAN

IKLAN
  • 4 cawan beras basmathi
  • 6 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 5 batang serai dititik
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 camca kecil garam
  • 3 sudu minyak masak / 3 sudu minyak sapi.

CARA-CARA MEMASAK

  1. Panaskan minya masak / minyak sapi dlm periuk.
  2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
  3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  4. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
  5. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.
  6. Masukkan daun pandan yang di simpul.
  7. Masak dalam periuk nasi elektrik sehingga masak.

* Nasi ini boleh di makan dengan daging/ayam masak palembang, ayam masak merah, kari ayam/daging/ kambing, rendang ayam/daging.

Kredit: Roshima Ibrahim Shima

 

6 Menu Nasi Berbeza Rasa Dan Aroma Boleh Buat Untuk Makan Sekeluarga Semasa PKP

NASI BRIYANI AYAM 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji tomato
  • 2-3 biji bawang merah
  • Minyak masak secukupnya
  • Kayu manis
  • Garam
  • Halia dan bawang putih | dikisar
  • 4-5 senduk nasi susu cair
  • 4 cawan beras
  • Cili hijau dan merah | dibelah 2
  • Ayam secukupnya | boleh guna daging atau kambing
  • 3-4 sudu makan rempah briyani
  • Daun pudina

CARA MEMASAK:

1. Masukkan minyak untuk menumis (anggaran minyak lebih dari masakan nasi minyak biasa

IKLAN

2. Tumis bawang hiris, kayu manis, halia dan bawang putih sampai kekuningan

3. Masukkan ayam atau daging atau kambing. Kacau sampai rata.

4. Masukkan cili, tomato, daun pudina dan 3-4 sudu makan rempah briyani.

5. Kemudian masukkan susu sejat dalam 4-5 senduk nasi (anggaran) dan masukkan beras yang sudah dicuci. Tambahkan garam secukupnya.

6. Masak nasi sehingga masak.

6 Menu Nasi Berbeza Rasa Dan Aroma Boleh Buat Untuk Makan Sekeluarga Semasa PKP

NASI AIR ALA THAI

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 cawan air rebusan tulang / daging
  • 3 hirisan halia | titik
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 1 batang serai | titik
  • Sedikit garam

BAHAN-BAHAN SUP:

  • 5 cawan air rebusan tulang
  • 4 hiris halia | titik
  • 2 ulas bawang putih | mayang halus
  • 3 ulas bawang merah | mayang halus
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Sup bunjut
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN

  • 6 ekor udang | dicelur
  • 2 ekor sotong | dicelur
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawnag
  • Bawang goreng

CARA MEMASAK:

  1. Rebus tulang bersama daging hingga empuk (air ini digunakan untuk sup dan juga memasak nasi).
  2. Untuk menyediakan nasi, basuh beras hingga bersih. Masukkan halia, bawang putih, serai dan sedikit garam di dalam periuk beras.
  3. Masukkan pula air rebusan tulang dan daging. Pastikan air lebih sedikit dari masak nasi biasa supaya nasi lembik.
  4. Cara penyediaan sup. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  5. Masukkan air rebusan tulang/daging bersama sup bunjut
  6. Akhir sekali masuk garam dan perasa secukup rasa.
  7. Cara menghidangkannya, sendukkan nasi ke dalam mangkuk.
  8. Letakkan di atasnya udang dan sotong yang telah dicelur serta hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

 

6 Menu Nasi Berbeza Rasa Dan Aroma Boleh Buat Untuk Makan Sekeluarga Semasa PKP

NASI ULAM NYONYA BERSAMA AYAM GORENG, SAMBAL BELACAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan nasi putih
  • ½  kuntum bunga kantan | dimayang halus
  • | helai daun Selasih | dimayang
  • 1 batang serai muda |dimayang halus
  • 1 sudu kecil udang kering | ditumbuk halus
  • 3 helai daun Kadok | dimayang
  • 1 helai daun limau Purut | dibuang urat dan dimayang
  • 1 tangkai daun kesom | dimayang
  • 2 helai daun Pudina | dimayang
  • 1 sudu teh kerisik
  • Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • ½ inci lengkuas
  • 1 biji bawang kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  •  ½ inci halia
  • 2 biji cili hijau
  • Sedikit minyak masak

 CARA MEMASAK:

  1. Bahan kisar: Campur semua bahan dan kisar. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar masukkan nasi putih.
  3. Kemudian satukan semua bahan kisar, bahan kering lain dan garam secukupnya.
  4. Gaul rata hingga semua bahan mesra dengan nasi sebelum dihidangkan.
  5. Enak dihidangkan bersama ayam goreng dan sambal belacan.

Resipi Daging Dendeng Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Kg Daging.

Resipi Nasi Kacang Dhal Lengkap Dengan Kurma Daging Tumis Darat, Puas Makan Gerenti Disukai

Cara Hasilkan Rempah Nasi Komok Homemade. Resipi Ori Dari Thailand

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI