Rupa macam popia tapi cara buatnya ada kelainan sikit. Kulitnya ada lapisan bawah, inti dan ditutup dengan selapis lagi kulit popia.

Dapat makan dengan sos pencicah Thai memang sedap betul laa. Bau harum daun ketumbar yang ditabur atas sos memang akan buat korang kecur air liur.

Jom tengok resipi dari Tengku Roselyza Raja Muhammad ni. Menu ala-ala kpop tapi citarasa Melayu yang dikongsinya di Cookpad Malaysia Community ni.

PANCAKE POPIA K-POP 

BAHAN-BAHAN :

  •  Kulit popia  secukupnya 
  • 10 ekor udang | dipotong kecil-kecil
  • 1sudu teh lada sulah 
  • Garam secukup rasa
  • 3 ulas bawang putih | dihiris halus@cincang 
  • Daun kucai | dipotong pendek
  • Cili merah besar | dicincang halus
  • 4 sudu besar @ 2 senduk kecil tepung jagung
  • Sedikit air
  • Sebiji telur 
  • Sedikit tepung gandum yangg dibancuh dengan air | untuk gam

CARA MEMASAKNYA :

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali kulit popia dan tepung gandum. 

2. Kulit popia dilipat dua dan gunting .

3. Ambil sedikit bancuhan ratakan atas kulit popia. 

4. Satu lagi lapisan kulit popia disapu dengan tepung gandum untuk gam. Dan tampal selapis lagi popia.

5. Lepas tu bolehlah goreng dah garing boleh angkat. Siap utk makan! 😋😋

Cicah dengan sos cili Thai sedap melampau weiii…

#HomemadeByRoselyza