Keluarga suka berkumpul di hari minggu. Apa kata buat menu istimewa yang pasti disukai ramai.  Min cadangkan menu nasi minyak dan beriani daging yang buat korang kecur liur. Rata-rata menyukainya , pasti bertambah sekeluarga makan nanti.

NASI MINYAK

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 1/2 cawan margerin/planta
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 helai daun pandan
  • garam secukupnya
  • 1 kiub stok ayam
  • Pewarna kuning

BAHAN KISAR:

  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

BAHAN HIASAN:

  • bawang goreng
  • daun bawang dihiris

CARA MEMASAK :

1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.

2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.

3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.

IKLAN

4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.

5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!

DAGING BERIANI 

  • 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 cawan air
  • 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • sedikit garam
  • 2 biji kentang dipotong 4
  • sedikit susu cair ( agak2 )-BELI ONLINE DI SINI
  • 2 sudu cili kisar

BAHAN KISAR:

  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 labu bawang besar
  • 1 1/2 cm halia

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.

IKLAN

2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!

SELAMAT MENCUBA

Kredit: angah izan

INGIN MEMBELI PERIUK NASI BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

https://www.rasa.my/resipi-ayam-masak-thai-tak-jemu-makan/

Cara Hasilkan Rempah Nasi Komok Homemade. Resipi Ori Dari Thailand

IKLAN

Guna Daun Wangi, Gelama Masam. Petua Buat Nasi Ulam Paling Sedap.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI