Roti Bawang Putih memang sedap bila dipadankan dengan Sup Cendawan Berkrim. Buat hidangan Tengah Malam (supper) mahupun dimakan sarapan memang mantaplaa. Super jiimat dan super sedap.

Kalau badan terasa nak demam atau hilang selera makan, dua sajian ni memang gerenti tak tolaklah. Sungguh membuka selera. Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Yatie Yusof ini yang biasa memasaknya apabila diminta anak-anak bila demam dan tak berselera makan nasi.

MUSHROOM SOUP ALA PIZZA HUT

BAHAN-BAHAN :

  • 300ml air
  • 500ml susu segar
  • 1-2 kiub ayam
  • 1/2 sudu teh daun parsley
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu makan mentega
  • 1 tin cendawan butang | potong hiris @ cincang)
  • Sedikit serbuk perasa | jika suka

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan air dan susu segar dalam periuk. Masak hingga mendidih
  2. Kemudian masukkan kiub ayam.
  3. Kacau 2 hingga 3 minit dan masukkan lada hitam dan cendawan, kacau lagi dalam 15 minit.
  4. Masukkan daun parsli, mentega, garam dan kacau lagi dalam 10 minit.
  5. Tepung dibancuh dengan air dan kacau supaya tidak berketul , kemudian tapiskan dalam periuk.
  6. Kacau sebati sup sampai menjadi pekat, reneh agak lama supaya masak sempurna.

GARLIC BREAD

BAHAN-BAHAN :

  • Roti Perancis | dihiris (boleh juga guna roti biasa)
  • 2 sudu makan mentega
  • Secubit daun parsli
  • 1 ulas bawang putih bakar sekejap | ditumbuk halus

CARA MEMASAK :

  1. Campur semua bahan dan sapukan atas roti.Letak atas kuali leper masak hingga garing dan keperangan.
  2. Hidangkan bersama sup cendawan.

Sumber : FB Masak Apa Hari Ni (MAHN)