Bagi peminat daging pastinya banyak resipi dapat diolah dengan menggunakan bahan berasaskan daging. Ramuan rempah ratus yang digunakan pada masakan membangkitkan aroma yang menyelerakan. Berikut resipi yang boleh anda cuba buat untuk hidangan sekeluarga atau buat tetamu yang berkunjung ke rumah. Antaranya Daging Palembang seperti daging masak hitam tetapi perisanya lebih manis.

Idea Masakan Daging Yang Mudah Buat Dan Gerenti Sedap

Daging Palembang 

Bahan-bahan:

700 gram daging – potong lebar dan nipis
2 batang serai – dititik
500ml santan pekat
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang
1 sudu besar sos tiram minyak

Bahan (dikisar):

1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah Penumis:

3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara-cara:

Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.

Masukkan daging dan gaul sebati.
Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.

Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

Sesuaikan rasa.Hidangkan.

Idea Masakan Daging Yang Mudah Buat Dan Gerenti Sedap

Daging Bistik

Bahan-Bahan:

1/2 kg daging batang pinang (dipotong kiub)
1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar marjerin
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 cm kulit kayu manis
Bahan perasa
Kacang pis untuk hiasan

Bahan (kuah):

300 ml air
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar tomato puree
1 kiub stok daging

Bahan (dikisar):

IKLAN

1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-cara:

Gaul daging batang pinang bersama tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.

Perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
Panaskan minyak serta marjerin dalam kuali sehingga cair.

Masukkan daging tadi dan goreng hingga perang. Angkat dan ketepikan.

Kemudian,masukkan kayu manis serta bahan kisar dalam kuali yang sama dan tumiskan sehingga naik wangi.

Masukkan pula ubi kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang separa empuk.

Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang dan daging empuk.

Setelah itu,masukkan bahan perasa dan taburkan kacang pis sebagai hiasan. Siap untuk dihidang.

Idea Masakan Daging Yang Mudah Buat Dan Gerenti Sedap
Daging Masak Hitam
Bahan-bahan:

1 kg daging
1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka
1 sudu kecil air asam jawa
1 Bawang besar mayang – hiasan

Bahan (dikisar):

10 batang serai
10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
Sejengkal halia – 4 ke 5 inci
3 biji bawang besar kuning
6 biji buah keras
1 labu bawang putih

Cara-cara:

IKLAN

Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.

Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain.

Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.

Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam.

Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

Idea Masakan Daging Yang Mudah Buat Dan Gerenti SedapDaging Goreng Berempah
Bahan-bahan:

500 gram daging lembu, potong lebar
3 helai daun limau purut (buang tulang)
2 helai daun salam
2 cm lengkuas (lebih kurang ibu jari), diketuk
2 sudu kecil garam
1 sudu makan gula merah, kikis halus
1500ml santan daripada 1/2 biji kelapa
1 sudu makan air asam (daripada campuran 1 sudu kecil asam jawa dan 2 sudu makan air)
2 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan (dikisar):

8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 sudu teh ketumbar
2cm halia
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara:

Rebus santan, bahan kisar, daun limau purut, daun salam dan lengkuas sehingga timbul bau.

Masukkan daging lembu, kacau sehingga berubah warna.

Masukkan garam, gula merah dan air asam. Kemudian masak sehingga daging lembut dan rempah meyerap.

Toskan. Goreng daging hingga kecoklatan.

IKLAN

 

Idea Masakan Daging Yang Mudah Buat Dan Gerenti Sedap
Daging Bakar
Bahan-bahan:

600 gm daging (ambil bahagian yang ada lemaknya sedikit)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada
4 ulas bawang merah
500 ml santan pekat
1 labu bawang besar
Garam

Cara-cara:

Tumbuk bawang putih, bawang merah, jintan manis dan jintan putih.

Campurkan dengan santan, serbuk lada dan garam.

Masukkan daging dan perapkan selama satu jam.

Panggang daging dan semasa membakar percikkan santan menggunakan serai.

Idea Masakan Daging Yang Mudah Buat Dan Gerenti Sedap
Daging Kunyit
Bahan A

1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
1 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil garam

Bahan B

1 labu bawang besar dihiris bulat.
1 biji Cili Hijau hiris serong
4 biji Cili Padi (di ketuk)
2 Ulas Bawang Putih (Hiris Nipis)
1 Inci Halia (Hiris Besar)

Bahan C

Lobak merah (dipotong nipis panjang)
Bunga Kobis (dipotong kecil)

Cara-cara:

Gaulkan daging dengan kunyit dan garam. Perap dalam 15 minit.

Masukkan daging diperap tadi dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.

Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging. Rebus hingga kering airnya Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging.

Bila dah hampir garing, ketepikan daging di hujung kuali.

Masukkan Bahan B diatas, Kemudian goreng bagi naik bau

Masukkan Bahan C (goreng sampai Lobak Merah dan Bunga Kobis lembut sikit).

Gaul dan ratakan semua bahan dan hidang.

Kredit resipi : Makan D’ Utaqa
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI