Mesti kita pernah tertanya-tanya kenapa dipanggil nasi goreng USA. Bila kita lihat tidak ada ciri-ciri barat pun , ialah ia bukannya dari dari negara America a.k.a USA (United States of America). Tetapi selera rakyat Malaysia

Sebenarnya USA adalah singkatan kepada nasi goreng udang, sotong dan ayam. Ini kerana bahan asasnya adalah nasi yang digoreng dengan pelbagai bahan tumis tetapi membezakannya adalah sotong, udang dan isi ayam. Bahan sampingan yang perlu ada hirisan timun dan telur mata kerbau”.

Sekarang ni ada pelbagai versi nasi goreng USA yang jual di kedai. Ini versi gabungan nasi goreng belacan+ daging masak merah+telor mata+sambal belacan yang memuaskan selera anda. Jom masak…

NASI GORENG USA/ NASI GORENG BELACAN

BAHAN SAMBAL BELACAN:

  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 1 belacan  besar ibu jari
    **tumbuk lumat asingkan
    BAHAN-BAHAN:
  • 3 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah
    **dadukan.
  • Sedikit udang
  • 4-5 pinggan Nasi putih
  • 1 mangkuk Kangkung
  • 2 sudu Sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk perasa

CARA MEMASAK:

  • Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan yang ditumbuk sampai sedikit keperangan dan naik bau.
  • Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sebentar.
  • Masukkan udang dan goreng sampai masak.
  • Masukkan nasi dan sayur. Kacau rata,
  • Perasakan dengan sos ikan, garam, lada hitam dan serbuk perasa ikut citarasa masing-masing. Gaul betul-betul rata.

 

DAGING MASAK MERAH

BAHAN UTAMA:

  • 300gm Daging yang direbus dengan pewarna

BAHAN TUMIS:

  • 3 biji bawang putih-diketuk
  • 1/2 bawang holland-dihiris
  • 2 inci halia
  • 1 biji tomato
  • Cili padi
  • Cili merah
  • 5 sudu sos cili
  • Sedikit air rebusan daging (warna merah)
  • Garam
  • Serbuk perasa

 

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia dan separuh cili padi.

2. Masukkan daging yang sudah direbus. Kacau seketika.

3. Masukkan sos cili dan tomato yang di potong dadu.

4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.

5. Kemudian masukkan sedikit air rebusan daging.

6. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland, cili padi dan cili merah.

7. Kacau sebati dan kuah memekat sediti. Tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO:

  1. Goreng telur mata yang kuning telur cair sedikit.
  2. Boleh tambahkan bahan pada nasi goreng seperti sotong dan isi ayam.
  3. Jika tidak makan daging boleh gantikan sotong, udang dan ayam dengan rencah tumis yang sama.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Habeebah Md Daud

Nasi Goreng Telur Ikan Bilis Simple Hidangan Pantas Bila Lapar

Set Asas Bubur Ayam, Kangkung Goreng Belacan & Sambal Belacan Sesedap Tekak

Layan Makan Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Sedap

Set Mudah Nasi Ganja, Ayam Goreng Berempah & Kari Ala Mamak Cukup Hebat