Setiap kali ke pasar malam, menu yang tak boleh dilepaskan ialah murtabak. Aroma baunya yang harum seakan memanggil. Namun tidak semuanya enak, ada yang isi sedap, kulitnya pula terlalu garing dimasak. Lalu bila makan pasti hampa. Lagi puas dapat membuatnya dengan citarasa sendiri. Buat yang ingin mencuba dikongsi resipi yang buat korang puas makan.

Bahan-bahan:

1 pek kulit popia(40pcs)
6 biji telur

Bahan inti(utk 40bj)
10 biji kentang potong dadu
2 pek kecil rempah kari daging dan ayam Baba’s – BELI ONLINE DI SINI
1 paket(400g) daging kisar brand Ramly (brand lain pon boleh) di hancur2kan- BELI ONLINE DI SINI
2 labu bawang besar hiris
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar gula
Air secukupnya
1/2 senduk minyak untuk menumis

Cara memasak:

1.Tumis bawang .Naik bau masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.

IKLAN

2.Bila naik minyak masukkan daging kisar. Agak empuk masuk kentang dan air. Tunggu hingga kentang empuk.

3.Masukkan gula dan garam…tekan-tekankan sedikit kentang biar agak hancur.

4.Tambah air jika terlalu pekat dan masak.

5.Tutup api dan sejukkan.

IKLAN

6.Panaskan kuali leper atau kuali non-stick.Letak minyak sedikit.

7.Ambil  5-6 biji telur, kocakkan dan masukkan dalam inti. Gaul sebati.

8.Ambil satu keping kulit popia,masukkan inti. Lipat dan masukkan dalam kuali. Terbalik-balikkan hingga masak

( BAGI YANG TAK PANDAI TEBAR ROTI CANAI… GUNAKAN KULIT POPIA SAJA )

IKLAN

Kredit resipi: Selebriti Chef
ANDA SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER , JOM KLIK DI SINI.

Ini 4 Resipi Sedap Berasaskan Daging Salai

Pilihan Kuih Muih Minum Petang Yang Sedap & Mudah Buat.

Bubur Sumsum Untuk Bayi, Gabungan Buah Naga dan Mangga Segar

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI