Ada tetamu yang akan menjamu selera di rumah nanti. Fikir apa menu yang mahu dihidangkan. Bosan dengan hidangan nasi dan lauk pauk, boleh buat hidangan yang ringkas. Sape suka mee pangkor..org lumut confirm taw menu ni.

Bahan A
1. laksa mee

Bahan B ( sup ketam/sup udang lipan/sup ikan)
Terpulang pd citarasa masing2…
Untuk sup
1.ikan kembung
2.daun sup
3.bawang putih
4.bawang merah

Bahan C
sayur
1.kacang panjang
2.bawang putih

Bahan D
Udang
Untuk sambal
Cili giling
Bawang merah
Bawang putih
Belacan yg dibakar
Asam keping

Cara-cara Memasaknya:
Membuat kuah
Ikan kembung rebus bersama asam keping dan garam..angkat ikan perisi ambil isi ikan..(kdg2 terpulang ada yg letak seko ikan yg dipotong dua..)dah letak semula dalam rebusan td.
Bahan yg tumis darat td masukkan..dan masuk daun sup.letak garam dan gula sikit. Siap kuah ala2 sup Ikan kembung

Panaskan minyak (tumis darat)
Masukkan bawang Putih yg diketuk dan bawang merah dihiris halus tumis sehingga garing (masukkan dlm kuah sup)

Membuat sayur
Kacang pjg potong halus
Panaskan minyak(minyak sikit je)
Masukkan bawang putih yg diketuk (ada org buh lobak masin..)sy juz buh garam sedikit..
Goreng sekejap je.jgn sampai kacang pjg layu..

Membuat sambal
Panaskan minyak
Masukkan cili yg dah blend
Goreng sehingga garing ,masuk bawang putih yg dibelah dua..(sambal hampir masak lenyek bawang putih yg dibelah td utk aroma bertambah naik baunye) masuk sedikit belacan yg dibakar td.masuk asam keping..dan Cili dah hampir masak masuk isi udang…Masukkan garam ,gula dan secukup rasa.

Rebus mee seperti biasa dan hidangkan

credit : Lina Alias‎