Dah bosan rasanya dengan hidangan lauk pauk. Apa kata masak menu yang ringkas seperti mi. Pasti tidak menjemukan. Asyik masak mi goreng jom buat mi kari yang mudah buat.Boleh ikut cara Qays Imran.
Bahan-bahan:
¼ biji bawang besar -kisar
7 biji bawang kecik – kisar
7 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia -kisar
4 sekawan ( Bunga lawang, Bunga cengkih, kulit kayu Manis Dan buah pelaga)
Serbuk lada (dibancuh)
Daun kari
300ml santan
1½ paket kari ayam
Isi ayam
Fishcake
Fishball
Tauhu lampong
Udang
2 keping asam keping
Cara memasak:
1. Tumis 4 sekawan dan daun kari.
2. Masukkan bahan kisar ( bawang-bawang dan halia). Masukkan sedikit air.
Kacau sampai masak atau bertukar warna kekuningan.
3. Dah naik minyak, masukkan serbuk kari 11/2 paket.Masukkan sedikit air
IKLAN
4. Masukkan isi ayam.
5. Masukkan asam keping.
6. Masukkan 500ml air.
IKLAN
7. Masukkan 300ml santan.Masukkan 3 sudu serbuk cili untuk siapa yang suka pedas.
Bebola ikan bukan hanya dijadikan pelengkap dalam masakan malahan enak juga bila dibuat sup. Bila mulut terasa ingin menikmati sup, maka sup bebola ikan antara yang mudah disediakan. Biasanya kita membeli bebola ikan di kedai, apa kata membuatnya dengan cita rasa sendiri.
BAHAN BEBOLA IKAN:
1 kg ikan tenggiri | dicincang
1 sudu makan gula
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu teh garam
BAHAN LAIN:
Air berais secukupnya
Air untuk merebus secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul isi ikan yang dicincang bersama garam, gula dan serbuk lada putih. Ulikan sebati.
2. Ambil adunan, bulat-bulatkan dan sejukkan seketika. Pada masa yang sama, didihkan air untuk merebus.
3. Bulatkan adunan isi ikan dan rebus dengan air sederhana panas.
4. Angkat dan rendam dalam air sejuk berais seketika. Toskan dan boleh disimpan dalam peti sejuk.
5. Air rebusan bebola ikan boleh digunakan untuk memasak sup dan sebagainya.
Nota: Bebola ikan yang dihasilkan boleh dimakan begitu sahaja dan tidak sekenyal yang dijual di pasaran.
Salah satu resipi yang sangat enak jika masak menggunakan udang segar. Kombinasi mentega, daun kari serta manis udang tu memang sedap hingga menjilat jari! Sesuai sangat cuba di hari cuti ni. Jom cuba!
UDANG MENTEGA DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz besar |digoreng ½ masak
5gm mentega |untuk tumis
1 ½ tin susu cair
7 helai daun kari
3 biji cili padi |dihiris
1 biji cili merah |dihiris
Garam secukup rasa
2 biji kuning telur
10gm mentega
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dan cairkan mentega. Masukkan bahan-bahan tumisan seperti bawang merah, daun kari dan cili padi. Biarkan ia seketika. Pastikan ia dimasak di bawah api yang sederhana.
Masukkan pula susu cair dan garam secukup rasa.
Masukkan udang yang telah digoreng setengah masak terlebih dahulu.
4.Masak kuning telur bersama mentega yang dicairkan. Tuangkan ke atas udang yang telah siap dimasak.
Info Chef: : Untuk rasa yang lebih sedap, pastikan udang digoreng setengah masak.
Menu bakeri dan pastri dari Hotel Eastin KL kali ini memang cukup popular. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru di antaranya dengan menghasilkan bombolini iaitu donut Itali yang popular dan Cronut gabungan donut dan croissant.
Kalau nak tahu Cronut dicipta di Dominique Ansel Bakery. New York, Amerika Syarikat pada tahun 2013 oleh pemilik bakerinya Dominique Ansel. Dan kini sangat popular di merata dunia.
CRONUT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh cronut:
150ml susu segar
10gm yis kering
50gm mentega
35gm gula
350gm tepung roti
6gm garam
1 biji telur
Bahan lapisan cronut :
100 gm pastri marjerin | dicanai nipis
Bahan inti cronut (coklat ganache): 150gm coklat masakan 100gm krim putar 10gm mentega
CARA MEMASAK : Membuat inti : 1. Panaskan krim putar sehingga mendidih sedikit 2. Tuang ke atas coklat dan kacau hingga sebati 3. Masukkan mentega dan sebatikan Membuat cronut : 1. Masukkan tepung, yis, gula, telur dan garam. Gaulkan hingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan uli lama 5 minit sehingga menjadi doh. 3. Masukkan mentega ke dalam doh tersebu dan uli sekali lagi selama 7 minit. 4. Rehatkan selama sejam. 5. Setelah itu mulai memproses lapisan demi lapisan cronut dengan membuat lipatan antara doh dengan mentega tawar yang dilakukan berulang. 6. Bentukkan menjadi doh bersegi, giling hingga tipis dan kemudian sapukan mentega di atas permukaan doh tepat di tengah-tengah dan lipatkan balik dan canai hingga mentega tertutup rapat. 7. Canaikan dan lipat berulang-ulang sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan. 8. Masukkan doh dalam peti sejuk seketika 9. Seteleh dikeluarkan dari peti sejuk. mulai menerap dan membentuk bulat doh dengan acuan donut. 10. Panaskan minyak penuh dalam kuali dan goreng hingga keperangan 11. Paipkan coklat ganache ke dalam cronut 12. Sediakan gula yang digaulkan bersama sedikit serbuk kayu manis..Golekkan cronut dalam gula tadi. 13. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Gabungan donut dan croissant Keistimewaan : Rapuh dan garing dan rasa yang kaya bercoklat
Info Chef :Pemilik bakeri Dominique Ansel, menggunakan doh berupa pasteri lapis atau puff (ala croissant) berinti krim dan rupanya pula menyerupai donut, yang dikenali sebagai cronut.
BOMBOLINI
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
250gm tepung roti
110ml susu segar
1 biji telur
60gm mentega
35gm gula
15gm yis kering
2 gm garam
2 biji kuning telur
Bahan untuk inti (krim kastad) :
100ml susu segar
1 biji kuning telur
20gm gula halus
9gm tepung jagung
1ml esen vanila
30gm krim putar (whipping cream)
CARA MEMASAK : Krim kastad : 1. Didihkan susu di dalam bekas, atas api yang sederhana. 2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan kuning telur dan gula, kacau hingga sebati. 3. Campurkan tepung jagung dan terus kacau hingga sebati 4. Tuangkan larutan susu mendidih tadi ke dalam campuran di dalam mangkuk tadi. Biarkan masak hingga pekat. 5. Biarkan kastad sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam. 6. Pukul krim putar sehingga mencapai ‘stif peak’ (bertanduk). 7. Kaup balik krim putar ke dalam adunan kastad yang telah sejuk hingga sebati. 8. Ketepikan
Bombolini: 1. Masukkan tepung, yis, dula telur dan garam. Gaullkan sehingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan mentega. Uli sehingga menjadi doh. 3. Rehatkan selama dua jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari doh yang asal. 4. Giling sehingga nipis dan terap bentuk bulatan 5. Goreng dalam minyak panas sehingga menjadi warna keperangan. 6. Biarkan sejuk seketika. Setelah itu lubangkan bahagian tengah dan diisi dengan krim kastad. 7. Taburkan gula di atasnya dan sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Donut Itali Keistimewaan : Gebu lembut dan berkrim
Info Chef: Goreng antara 5- 10 minit sahaja. Kerap dibalik- balikkan supaya masak sekata dan berwarna perang keemasan.
Terima kasih : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor. www.armada.com.my