Varuval tu maksudnya garing..haa terjadilah ayam masak garing yang sungguh lazat ini. Masakan India ini antara sajian popular di kalangan masyarakat India. Orang Melayu pun gerenti suka lah.
Ni Deepavali dah makin dekat, jom kita cuba resipi ni, boleh beri kejutan pada rakan India korang.Jom ikut langkah memasaknya seperti yang dikongsikan oleh Kalaivani a/p Krishnasamy ini.
AYAM VARUVAL
BAHAN PERAP:
1/2 ekor Ayam
Halia
Bawang putih
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam dengan semua bahan perapan
2. Perap ayam dalam satu jam. Kemudian boleh goreng macam biasa dalam minyak yang banyak (deep fry)
BAHAN VARUVAL:
4 sudu besar jintan manis
15 ulas bawang putih
Daun kari
Cili kering
3 biji bawang besar
Halia-ditumbuk halus
1 biji tomato
3 sudu besar serbuk cili/ cili kering kisar
CARA MEMASAK:
IKLAN
Goreng jintan manis dalam minyak. Ketepikan.
2 Goreng cili kering, bawang putih dan daun kari. Ketepikan juga. Bahan-bahan ini nak letak banyak pun boleh sebab tidak akan pedas dan tidak akan ade bau bawang putih. Lagi tambah lagi sedap.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan tomato. Tumis sampai bawang tukar warna.
IKLAN
4. Sudah bertukar wana boleh masukkan serbuk cili kering atau cili kering kisar. Tambah ikut selera masing-masing sebab varuval tidak boleh pedas sangat sebab nanti tidak sedap. Masak atas minyak jangan letak air sebab air dari bawang itu pun dah cukup. Kalau mahu lebih sedap tambah lagi bawang.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu sampai garing dan pecah minyak sebab varuval kena garing dan rasa manis sedikit
IKLAN
6. Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng tadi jintan manis, cili kering, bawang putih dan daun kari. Gaul hingga sebati.
7. Selepas itu masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sebati dan rasakkan lagi jika perlu tambah bahan perasa.
8. Sudah siap boleh tutup api. Boleh taburkan daun pudina atau daun ketumbar.
Menu Asam Pedas Ayam Stail Nyonyani nampak sangat menyelerakan. Sangat membuka selera jika dihidangkan tatkala berbuka puasa. Ada lauk ni tak perlu dah menu utama yang lain. Cukup sekadar nasi panas, sambal belacan berserta ulam-ulaman. Memang terangkat! Saudari Umi Watieada kongsikan resipinya. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
1.Kisar halus bahan-bahan bertanda (**). Cili kering perlu direbus sekejap bagi lembut barulah dikisar. 2. Dalam kuali, tumiskan semua bahan kisar dan serbuk kari. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Kacau-kacaukan tapi jangan sampai hangit.
3. Tengok dah pecah minyak dan garing elok, masukkan ayam dan daun limau purut. Kacau lagi sampai ayam kecut.
4. Masukkan air asam jawa dan juga air dengan secukupnya. Biarkan mereneh sampai ayam masak.
5. Masukkan terung, kalau suka bendi pun boleh letak. Ubi kentang pun boleh. Ikut selera. Masak lagi sampai semua bahan masak elok. Perasakan dengan garam dan gula. Seimbangkan rasa.
6. Asam Pedas Ayam stail nyonya siap untuk dinikmati.
Emping jagung atau popular disebut Cornflakes,bukan sahaja sedap dibuat biskut. Tapi boleh dijadikan ramuan masakan bergoreng. Ayam Goreng Crispy Corflakes ni memang berderap rangupnya.
Resipi dari perkongsian FB Khadijah Jaafar,pengasas Meester Muruku ni menggunakan bahan tepung yang digaul sendiri (bukan tepung segera). Ayam selepas dicelup dengan tepung, telur, lapisan akhir golekkan dalam cornflakes yang dihancurkan. Mana tak krap krup memakannya.
AYAM GORENG CRISPY CORNFLAKES
BAHAN-BAHAN :
2 keping dada ayam @ bahagian ayam lain
2 cawan cornflakes – dihancurkan – beli online DI SINI
1. Masukkan buttermilk. Kalau tak de buttermilk. Campurkan susu segar & cuka. Kacau. Tujuan masukkan buttermilk supaya ayam lembab. 2. Untuk perapan ayam. Campurkan buttermilk, ayam dan bahan perapan. Biarkan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam. 3. Campurkan bahan tepung dalam mangkuk. 4. Celup ayam ke dalam tepung. 5. Dalam mangkuk lain pecahkan & pukul telur. 6. Celup ayam ke dalam telur. 7. Golekkan ayam di dalam cornflakes. 8. Ulang sehingga ayam habis. 9. Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan ayam. Supaya ayam lebih rangup. Goreng sehingga masak.
Ramai mengemari masakan Minang atau Padang? Masakan Minang atau Padang yang rata-rata pedas tapi sedap. Apa kata hujung minggu ini anda cuba satu dari tiga menu masakan Minang yang Rasa kongsi sebagai juadah makan tengahari atau malam bersama keluarga.
MASAK LEMAK KUNING URAT TUJANG MINANG
BAHAN-BAHAN:
500gm urat tunjang/keting
750ml santan
1 liter air
1 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
1 batang serai | titik
2 helai daun limau purut
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
100gm cili merah
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
4cm lengkuas
4 biji buah keras
2cm kunyit hidup
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci bersih urat tunjang/keting. Ketepikan.
Kemudian rebus air dan setelah mendidih masukkan urat tunjang dan masak sampai empuk. Angkat dan tiriskan. Setelah sejuk, potong mengikut selera masing-masing. Ketepikan.
Di dalam periuk lain, masukkan urat tunjang tadi, diikuti dengan bahan kisar. Gaul sekata. Masukkan juga bahan lain dan santan. Masak hingga santan mendidih menggunakan api sederhana.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Kecilkan api dan kacau perlahan sehingga santan sedikit mengental dan pecah minyak.
Angkat dan sedia dinikmati.
DAGING GORENG BERLADO PEDAS MINANG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus dan hiris nipis dan lebar
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1biji tomato | potong dadu
1 batang serai | ketuk
2cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
RENDANG AYAM MINANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong
2 liter santan
2 batang serai | racik halus
1 batang serai | titik
4 helai daun limau purut
2cm asam gelugur
2 helai daun kunyit | hiris
BAHAN KISAR:
5 biji buah keras
6 ulas bawang putih
100gm cili besar merah
12 biji bawang merah
100gm cili padi merah
2cm halia | bakar sedikit
2cm lengkuas
3cm kunyit | bakar sedikit
1/2 sudu makan ketumbar
2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu teh jintan | sangrai
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, tuangkan santan, masukkan serai yang dititik, asam gelugur, daun limau purut dan daun kunyit. Kacau hingga santan mendidih dan pastikan santan yang dimasak tidak pecah.
Setelah santan mendidih, masukkan rempah yang telah dikisar dan gaul sebati kira-kira 20 minit.
Apabila santan mula mengeluarkan minyak, masukkan potongan ayam dan masak menggunakan api yang sederhana hingga santan mengering. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan hirisan serai. Gaul sebati.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...