Ingin mengadakan kenduri kecik-kecik dan teringin nak masak sendiri untuk memberikan hidangan terbaik kepada tetamu jemputan. Apa kata kali ini anda cuba salah satu dari empat resipi masakan berasaskan daging yang RASA kongsikan ini. Semuanya sedap-sedap belaka. Kalau bukan kenduri boleh je masak untuk hidangan keluarga di hujung minggu.

4 Versi Menu Daging Sesuai Untuk Kenduri.
.

DAGING RENDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris lebar dan nipis
  • 1000ml santan pekat
  • 5 sudu makan kerisik
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • 4 batang serai | titik
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 cawan gula Melaka
  • 1 cawan kicap pekat manis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menumis

REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga.

BAHAN HIRISAN:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 3cm halia
  • 3cm lengkuas
  • 4 batang serai

BAHAN GORENG TANPA MINYAK DAN KISAR HALUS

  • 2 sudu ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Daging dicuci bersih dan toskan airnya. Kemudian gaulkan bersama kicap pekat manis, gula Melaka dan separuh bahan kisar.
  2. Perapkan sekurang-kurangnya 30 minit di dalam peti sejuk.
  3. Untuk menumis, panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis, bahan hirisan dan juga serai sehingga naik bau.
  4. Seterusnya masukkan bahan kisar diikuti dengan pes cili, kacau rata hingga timbul minyak.
  5. Masukkan daging yang telah diperap tadi, kacau rata.
  6. Setelah air daging kering, masukkan santan dan asam gelugor.
  7. Biarkan kuah terus mendidih di atas api sederhana hingga kuah pekat.
  8. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  9. Akhir sekali masukkan bahan rempah yang digoreng dan dikisar halus tadi,
  10. Kacau rata, hingga kuah kering dan secukup rasa.
  11. Jika kurang manis tambah sedikit gula.
  12. Rendang sedia dihidangkan.

4 Versi Menu Daging Sesuai Untuk Kenduri.
.

DAGING KUZI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang
  • 4 sudu makan rempah kuzi
  • 100gm biji gajus | goreng
  • 100gm kismis | goreng
  • 3 biji bawang besara | hiris, goreng dan kisar
  • 2 sudu makan serbuk badam
  • 4 sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan puri tomato
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 500ml susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga

BAHAN HIRISAN:

IKLAN
  • 10 ulas bawang merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | hiris

BAHAN KISAR:

  • 10 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali.
  2. Tumiskan bahan hirisan bersama rempah penumis hingga wangi.
  3. Masukkan bahan kisar, tumis lagi.
  4. Setelah timbul minyak, masukkan rempah kuzi yang dibancuh dengan sedikit air diikuti dengan puri tomato.
  5. Kacau lagi hingga pecah minyak, baru masukkan daging, kacau rata hingga daging kecut.
  6. Biarkan mereneh hingga kuah kering.
  7. Jika daging masih liat atau keras tambah sedikit air lagi.
  8. Setelah daging empuk, masukkan susu, serbuk badan dan bawang merah yang dikisar tadi.
  9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  10. Kecilkan api dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat dan timbul minyak.
  11. Sebelum angkat tabukkan buah gajus dan kismis yang telah digoreng tadi.

4 Versi Menu Daging Sesuai Untuk Kenduri.
.

KURMA KAMBING DENGAN KENTANG

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg daging kambing | potong sederhana
  • 3 biji kentang | belah 2
  • 3 sudu makan rempah kurma
  • 500ml susu rendah lemak
  • 2 biji bawang besar | belah empat
  • 2 biji tomato | belah empat
  • 3 biji cili hijau | belah dua
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 1 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 3cm halia

BAHAN SANGAI DAN KISAR:

  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada putih
  • 4 biji buah pelaga

REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging dengan sedikit rempah kurma dan sedikit bahan kisar.Kemudian perapkan lebih kurang 30 minit.
  2. Untuk memasak, panaskan minyak sapi bersama minyak masak.
  3. Tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
  4. Seterusnya masukkan bahan kisar, kacau seketika.
  5. Masukkan rempah kurma dan bahan sangai yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  6. Setelah timbul minyak, masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan keluar air.
  7. Biarkan mereneh hingga air daging kering.
  8. Masukkan susu rendah lemak dan kentang, biarkan terus mendidih.
  9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kemudian perahkan jus lemon di dalamnya.
  10. Setelah kuah pekat, masukkan daun pudina, hirisan tomato, dan cili.
  11. Seketika kemudian, tutup api dan hidangkan bersama nasi atau roti

4 Versi Menu Daging Sesuai Untuk Kenduri.
.

DAGING DENDENG HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang
  • 8 biji bawang besar
  • 20 tangkai cili kering
  • 20 biji merah | hiris halus dan goreng
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan pes asam Jawa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Potong besar daging kemudian rebus hingga empuk bersama serai dan hirisan halia. Ketepikan dan toskan airnya.
  2. Hiris daging nipis-nipis, kemudian titik hirisan tersebut. Lakukan hingga habis.
  3. Panaskan minyak goreng bawang merah hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Goreng pula hirisan daging hingga perang. Angkat dan toskan.
  5. Tinggalkan lebih kurang setengah cawan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  6. Seterusnya masukkan kicap pekat manis, pes asam Jawa, gula Melaka dan garam secukupnya. (jika kurang manis boleh tambah gula).
  7. Setelah terbit minyak, masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama bawang goreng,
  8. Kecilkan api, kacau rata dan tutup api.
  9. Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI