Panas panas begini nikmatnya dapat makan cendol. Selain itu korang boleh juga menjadikan cendol sebagai lepat. Lemak dan manis , lembut jer rasa di tekak.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung jagung
3 sudu besar tepung hon kwee
1 cawan gula
5 setengah cawan santan
Sedikit garam
*1 paket kecil cendol (toskan airnya) dan asingkan dlm bekas
Cara memasak:
Satukan semua bahan kecuali cendol dlm periuk dan masak atas api …masak guna api kecil sahaja..kacau sesekali utk mengelakkn bergumpal..kacau sehingga likat dn pekat sedikit dn masukkan cendol..kacau perlahan2 sekejap dan matikan api..msukkan adunan dlm daun pisang..dah siapp😉😉
# daun pisang sediakn terlebih dahulu..
credit : Leen Farlena
#mahn
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apam Nasi Viral, Guna Lebihan Nasi Jer! Sedap Cicah Dengan Kelapa Parut Campur Garam.
Selalu lebihan nasi yang tak habis paling rajin buat nasi goreng tapi kalau malas laju jer masuk ke dalam tong. Bagi mengelakkan pembaziran, elok lebihan nasi itu di buat kuih Apam Nasi. Ramai yang tidak tahu resipi kreatif yang dikongsikan ini. Cuba buat dulu kuih ini, gerenti tak percaya kesedapan apam nasi ni!
RESIPI APAM NASI VIRAL
KISAR:
- 2 cawan nasi
- 3 cawan air
- 1 cawan gula
AYAK:
- 3 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1 peket yis mauripan 11g
CARA MASAK:
- Campurkan semua bahan, perap 1 jam.
- Tuang dalam acuan yang disapu minyak.
- Kukus sehingga masak.
- Hidang dengan kelapa parut dicampur sedikit garam.
Kongsi resepi : nurul atika moktar via mahn
Kuih Angku Kacang Merah, Kuih Tradisi Masyarakat Cina, Sedap Sungguh Rasanya!
Melalui facebook group Rasa Share Resipi, Samsiah Hj Mat Ali telah berkongsi resipi kuih angku kacang merah.
Menurut Samsiah, kuih angku ini teksturnya kenyal. Rasanya pula lemak manis dan sangat membuka selera.
“Boleh saja gunakan apa-apa bentuk acuan pun asalkan cantik dan menarik perhatian,” kata Samsiah.
Ayuh kita lihat resipinya.
KUIH ANGKU KACANG MERAH
(resipi untuk 18 biji)
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan santan
3/4 cawan air
Pewarna merah
Pewarna kuning
1 cawan inti kacang merah
Minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan tepung pulut.
2. Kemudian masukkan tepung gandum.
3. Masukkan pula garam.
4. Masukkan santan dan air.
5. Gaul sebati semua bahan. Masukkan air sedikit demi sedikit ketika menggaul.
6. Gaul sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
7. Bahagikan kepada dua bahagian.
8. Satu bahagian diletakkan pewarna merah. Gaul sehingga doh menjadi warna merah sekata.
9. Satu lagi letakkan warna kuning. Gaul sebati sehingga doh menjadi warna kuning sekata.
10. Ambil satu sudu inti kacang merah. Bulat-bulatkan.
11. Sapu acuan dengan minyak masak.
12. Ambil sejemput doh warna merah. Bentukkan bulat leper. Kemudian letakkan inti kacang merah. Balut kemas. Padatkan pada acuan.
13. Ulangi langkah ini sehingga semua adunan merah dan kuning habis.
14. Masukkan dalam pengukus dan kukus selama 15 minit.
15. Potong daun pisang ikut bentuk bulat ikut saiz acuan.
16. Keluarkan kuih angku dan letak atas daun pisang tersebut.
17. Siap!
Untuk melihat video, boleh pergi ke link youtube Butter Laici
Selamat mencuba!
Sumber: Rasa Share Resipi
General Mahbob, Kuih Tradisional Pahang Yang Semakin Jarang Ditemui
Menurut seorang ahli facebook group Rasa Share Resipi, Farisha Sofea, kuih general Mahbob ini juga dikenali sebagai kuih general mabuk. Kuih ini merupakan kuih tradisional negeri Pahang.
Walaupun kuih general Mahbob sangat terkenal dalam kalangan penduduk Pekan namun kuih ini sukar didapati di daerah lain dalam negeri Pahang itu sendiri. Biasanya kuih ini dibuat semasa meraikan majlis majlis tertentu sahaja.
Jom kita lihat resipinya.
KUIH GENERAL MAHBOB
BAHAN TAHI MINYAK
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
CARA MEMBUAT TAHI MINYAK
1. Satukan santan pekat dan garam di dalam kuali.
2. Gunakan api kecil sahaja. Sentiasa kacau dan masak sehingga keluar tahi minyak berwarna coklat.
3. Tapiskan dan sejukkan. Ketepikan.
BAHAN KUIH
1 cawan air
1 cawan gula
1 helai daun pandan (disimpul)
3 sudu besar tepung beras
5 biji telur ayam gred A
1 cawan santan pekat
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMBUAT KUIH
1. Dalam bekas, satukan air , gula dan daun pandan. Masak di atas dapur sehingga gula larut sepenuhnya. Sejukkan seketika.
2. Sementara itu, sangaikan tepung beras sehingga kekuningan. Biarkan sejuk seketika.
3. Panaskan periuk kukusan.
4. Ambil mangkuk. Masukkan telur ayam. Pukul telur ayam sehingga sebati.
5. Masukkan santan. Ambil air gula yang telah disejukkan tadi. Keluarkan daun pandan. Masukkan air gula dalam adunan. Gaul rata.
6. Masukkan pewarna kuning. Gaul lagi.
7. Masukkan tepung beras yang telah disangai tadi. Kacau sehingga tiada adunan tepung yang berketul.
8. Tapiskan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak masak atau marjerin. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
9. Setelah masak, sapukan permukaan kuih dengan sedikit minyak hasil daripada tahi minyak tadi.
10. Akhir sekali taburkan tahi minyak dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Selamat mencuba!
Sumber: Farisha Sofea
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi