Terkenang kalau dulu-dulu bila petang  musim hujan, mak mesti buat Lempeng pisang.  Tapi sekarang nak jumpa lempeng ala kampung macam emak atau nenek buat memang jarang-jarang dapat. Bila terlanjur ingat,  ini dikongsikan resipi lempeng kampung yang sedap sangat, kaya dengan rasa pisang segar, campur pulak dengan kelapa dan gula Melaka memang terbaik. Wajib cuba ni…

LEMPENG PISANG

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
IKLAN
  • 1 kg pisang Abu | lenyekkan
  • 300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
  • 250gm tepung gandum | jika kurang  boleh tambah
  • 5  sudu makan gula kabung
  • Sedikit garam halus
  • Daun pisang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
  2. Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
  4. Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak.
  5. Enak dihidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI