Dipanggil kuah Ikan Singgang  kerana kuahnya berwarna kuning yang dikeluarkan dari kunyit hidup. Ni masakan gaya Terengganu yang sedap dimakan dengan budu, ulam-ulaman dan ikan goreng.

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan Tenggiri
  • 2 biji kunyit hidup (besar ibu jari boleh tumbuk kasar)
  • Lengkuas (boleh tumbuk kasar)
  • 12 batang cili padi
  • Sedikit biji ketumbar
  • 3 ulas bawang Putih
  • 3 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan isi air sampai bahan tenggelam.

2. Tutup periuk, biarkan mendidih dan biarkan hingga masak.

3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.

4. Lagi bertambah sedap makan dengan tempoyak budu, potong cili padi dan hirisan bawang.

INFO: Boleh tukar dengan ikan yang lain seperti ikan kembung, tongkol dan sebagainya.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Wan LuQman