Dapat makan Pie Tee tengahari atau petang ni perggh..memang sedap. Kudapan dari masakan Baba dan Nyonya ni memang cukup terkenal. Makan satu tak cukup ni.

Selain inti ayam dan sayuran korang boleh ganti dengan udang pun sedap juga. Ni langkah-langkah buat kulit atau sarung Pie Tee ,dari perkongsian FB Aini Rosli dan resipi dari tiffinbiru.com. Memang rangup dan enak

KULIT PIE TEE

BAHAN-BAHAN :-
Bahan kulit :

  • 180 gram tepung beras
  • 50 gram tepung gandum
  • 50 gram tepung jagung
  • 350 ml air
  • 1 biji telur gred A | dipukul sedikit
  • Secubit garam

CARA MEMASAK :

1. Gaul rata semua bahan kulit Pie Tee.

2. Panaskan minyak. Minyak kena banyak. Celupkan acuan Pie Tie ke dalam minyak panas. Celup lebih kurang 10 saat, sampai acuan panas.

 

3. Lepas celup dalam minyak panas, baru dicelupkan ke dalam adunan tepung. Lebih kurang 10 saat. Jangan sampai atas. 

4. Angkat acuan pie tee seperti dalam foto, kalau lepung tak lekat maksudnya tempoh celup singkat sangat.

5.  Kemudian celup acuan Pie Tee dalam minyak panas

6.Biar kulit Pie Tee keras sedikit baru ditolak dengan lidi untuk keluarkan daripada acuan.

7.  Goreng sampai keperangan.Angkat dan toskan minyak.

BAHAN INTI :

  • 1 cawan parutan sengkuang
  • 1 cawan parutan lobak merah
  • 3/4 cawan isi ayam | dicincang halus * Aini gantikan dengan ayam
  • 1 biji bawang besar | didadu
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MASAK INTI :

1.Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik baru .

2. Masukkan ayam cincang

3. Kacau sampai ayam masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Masak sekejap biar sengkuang dan lobak merah layu sedikit.

5. Inti ni boleh disudukan ke dalam kulit Pie Tee tadi
*Sedap dimakan dengan sos cili

Sumber resipi : www.tiffinbiru.com

Sumber foto : FB Aini Rosli