Kuih kaswi sememangnya diminati ramai. Kuih ini ada yang berbentuk empat segi dan boleh juga menggunakan acuan lompang jika mahukan saiz yang lebih kecil dan mudah dimakan. Lebih enak bila dinikmati dengan kelapa muda menambah perisa kuih kaswi yang dimasak. Barulah lemak manis rasanya. Dikongsikan resipi untuk membuatnya.
1. Masak bahan yang bertanda (*) hingga larut bersama daun pandan. Biarkan sejuk dan tapis.
2. Masukkan tepung gandum, tepung ubi dan kapur makan. Kacau menggunakan ‘whisk’ hingga sebati. Tapis adunan menggunakan penapis santan.
3. Tapis sekali lagi menggunakan penapis teh supaya adunan lebih halus.
IKLAN
4. Panaskan air kukusan, sapukan sedikit minyak masak pada acuan. Apabila air kukusan mendidih, kukus acuan seketika dan barulah dituangkan adunan kaswi yang telah ditapis tadi.
5. Kukus kuih kaswi menggunakan api sederhana. Setelah masak, golekkan ke dalam mangkuk berisi kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam halus.
Ada masa kita buntu idea nak hidang apa waktu pagi atau petang. Asyik mi goreng, nasi goreng, cucur, nasi lemak tak pun roti.
Kalau dah ketandusan idea bolehlah cuba buat murtabak telur ini. Boleh buat untuk sarapan dan makan petang.
Idea resipi ini dari Fadhilah Khaulan yang katanya memang senang ‘yakmat’ dan bila buat berebut anak makan.
Cara buat popia telur yang senang ‘yakmat’
1. Sediakan bahan-bahan berikut
-Kulit popia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Cili api
-Telur
-Garam/perasa
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili api sampai garing. Kemudian letak garam, serbuk perasa dan telur. Kacau sampai berketul. Pastikan guna sedikit minyak saja supaya kulit popia tak bocor.
3. Letak telur yang dah siap digoreng atas kulit popia dan bungkus ikut cita rasa. Boleh terus goreng gunakan minyak yang sedikit. Angkat bila dah keperangan.
Cuti sehari ni kalau korang tak ke mana-mana mohlah kita cuba buat kuih lagend ni, Seri Muka Pandan. Memang sedap dan tak pernah jemu makan, kalau korang bosan dalam loyang buat dalam bekas plastik tahan panas yang kecil-kecil, lagi senang nak simpan dalam peti sejuk, bila nak makan keluarkan sikit-sikit. Yang lain tak perlu diusik tinggal untuk simpan beberapa hari makan bila teringin. Jimatkan tak payah beli-beli.
SERI MUKA PANDAN BAHAN-BAHAN: LAPISAN PULUT:
2 cawan pulut
2 cawan santan cair
1 sudu teh minyak
Sedikit garam
BAHAN LAPISAN ATAS
10helai daun pandan
3 cawan santan | kisar dengan daun pandan
1 cawan gula pasir
1 biji telur gred A
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastar
1/4 cawan tepung beras
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
Cuci pulut dan rendamkan selama 2 jam.
Masukkan pulut yang telah direndam ke dalam loyang yang sudah digris minyak alas plastik.
Tuangkan santan cair yang dicampur sedikit garam. Jika menggunakan bekas plastik sebagai acuan sapukan bekas dengan minyak.
Kukus selama 30minit atau sehingga pulut masak.
Sementara tunggu lapisan bawah masak, sediakan bahan-bahan untuk lapisan bawah.
Setelah pulut masak, tekankan pulut sehingga padat.
Sediakan pula bahagian atas, satukan santan dengan daun pandan, kisar dan tapis.
Kemudian campurkan campuran santan daun pandan tadi dengan gula, dan telur ke dalam blender dan kisarkan lagi.
Masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung beras, garam dan pewarna. Kisar lagi sampai sebati.
Kemudian masukkan adunan yang telah diblender ke dalam periuk atau kuali.
Masakkan sebentar adunan dengan api perlahan. Kacau guna whisk sehingga naik wap.
Tuangkan adunan pandan ke dalam loyang pulut tadi, atau bekas plastik kecil tadi dan kukus lagi selama 15-20 minit dengan api sederhana.
Hari ini teringin makan kuih orang lama iaitu kuih getas. Mungkin ada yang tak kenal dengan kuih ini. Ia menggunakan tepung pulut dan tepung gandum. Mudah nak buatnya, kemudian sira dengan gula seperti buat kuih keria. Memang sedap.
Kuih getas
2 cawan tepung pulut
1 cawang tepung gandum
Sebelah kelapa muda (Di parut)
1/2 sudu garam
Air secukupnya
Cara membuatnya
1.Gaulkan kesemua bahan Di atas. Kemudia masukkan air sehingga menjadi doh.
2.Pastikan doh tidak melekat Di tangan.
3.Ambil talam dan letakkan sedikit minyak. Bulatkan doh dan leperkan menggunakan dua jari. ( Buat bentuk ikut kesukaan anda.)
4.Panaskan kuali dan gorengkan.
5.Panaskan kuali. Letakkan air dan gula. Masak sehingga gula bertali. Kemudian sira seperti buat kuih keria.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...