Ramai yang suka kulit ayam yang digoreng rangup. Tapi ramai terpaksa menutup mata kerana risau akan kandungan lemaknya. Tapi korang tahu tak? Sebenarnya kulit ayam sangat sedap sebagai kudapan ringan yang rangup. Nak tau macam mana cara membuatnya, korang ikut je cara ini:-

Cara Buat Kerepek Kulit Ayam Rangup, Sedap & Tak Berminyak.

ASINGKAN LEMAK DARI KULIT AYAM

Untuk mendapatkan kulit ayam yang rangup, korang perlu buang semua lemak yang ada pada kulit ayam. Malah lemak ini juga punca kulit ayam tidak menjadi rangup,  dengan membuang lemak ia juga boleh mencegah kulit ayam dari berbau tengik.Salah satu cara mudah membuang lemak adalah dengan mengukus kulit ayam sekejap supaya lemak keluar, kemudian baru digaul dengan perencah sebelum sedia digoreng.

Cara Buat Kerepek Kulit Ayam Rangup, Sedap & Tak Berminyak.

REDAM DENGAN AIR KAPUR:

Merendam kulit ayam dengan air kapur juga boleh menjadikan kulit ayam lebih rangup selepas digoreng. Apa yang korang perlu lakukan, larutkan air kapur dalam air kemudian tunggu hingga kapur mendap. Ambil airnya dan rendam kulit ayam lebih kurang satu jam, baru bilas di bawah air mengalir hingga bersih.

IKLAN

 PERASAKAN DENGAN LADA SULAH DAN GARAM:

Sebenarnya tanpa perencah, kulit ayam yang digoreng tetap sedap, tetapi dengan tambahan sedikit lada sulah dan garam saja pun sudah cukup, tapi untuk lebih sedap boleh tambahkan serbuk bawang putih. Atau korang boleh saja gunakan tepung perencang segera yang ada dijual di pasaran sekarang.

 CELUP DALAM PUTIH TELUR:

Setelah kulit ayam digaul dengan perencah, celupkannya kulit ayam dalam putih telur yang telah dikacau. Kemudian letakkan dalam pinggan atau dulang, kalau  kulit ayam banyak buat sikit-sikit, tujuannya supaya putih telur hanya sekadar melapisi kulit ayam sahaja.

IKLAN

LAPISI DENGAN TEPUNG BERAS:

Selepas semua kulit ayam dilapisi dengan putih telur, ia perlu dilapisi pula dengan tepung beras, tujuannya supaya kerangupannya tahan lebih lama. Oleh itu taburkan atau ayak tepung beras di atas kulit telur, pastikan tepung sekadar melapisi kulit ayam sahaja, tidak berketul atau terlalu banyak.

Cara Buat Kerepek Kulit Ayam Rangup, Sedap & Tak Berminyak.

GORENG MENGGUNAKAN MINYAK BANYAK:

IKLAN

Adalah penting korang pastikan minyak untuk menggoreng banyak, supaya kulit yang digoreng terendam dalam minyak yang betul-betul panas.  Dengan minyak banyak dan menggunakan kepanasan tinggi ia mencegah kulit ayam dari hangus dan membantu masak sekata, tidak berminyak dan rangup dengan sempurna. Sentiasa balik-balikkannya sehingga kulit ayam bertukar warna kuning keemasan.

Macam mana? Rasa tak sabar nak buatkan.  Kalau ikut cara ini pasti kulit ayam yang korang goreng akan menjadi rangup, sedap dan paling penting tidak berlemak. Jadi korang makan tanpa rasa bersalah  dek kerana lemak yang menempel pada kulit ayam ye…

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI