Kalau korang rasa tak tau nak masak apa sepanjang minggu ni, apa kata korang cuba lapan menu yang dikongsikan oleh Puan Ros dari Rose katering. Katanya ini menu ringkas sesuai sebagai hidangkan makan tengahari atau malam. Jadinya korang boleh rancang siap-siap apa menu nak dimasak setiap hari, mudah kerja.  Malah boleh juga dijadikan menu kenduri. Korang bolehlah cuba ye.

Koleksi 8 Resipi Lauk Pauk, Untuk Menu Seminggu.

DAGING MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan toskan
  • 1 cawan kicap pekat manis
  • 1 sudu makan kerisik

Bahan Kisar:

  • 10 tangkai cili kering
  • 3 batang serai
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm lengkuas
  • 2.5  halia

Bahan Sangai dan Kisar:

  • 2 Ssudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1/2 sudu makan  jintan putih

Bahan Penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 kuntuk bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis goreng hingga wangi.
  2. Seterusnya, masukkan bahan yang di kisar. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan daging kacau rata dan biar hingga mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan kerisik kacau hingga sebati.
  5. Sedia dihidangkan.

Koleksi 8 Resipi Lauk Pauk, Untuk Menu Seminggu.

PAJERI NENAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji nanas masak | hiris bulat dan potong dua
  • 500ml santan pekat
  • 5 biji bawang merah  | kisar
  • 2 biji bawang putih  | kisar
  • 2 sudu makan rempah kari | bancuh dengan sedikit air
  • 1sudu makan serbuk cili | bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu makan udang kering | kisar
  • 2 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

Rempah Penumis:

  • 1kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2.5cm  kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis rempah penumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan udang kering, bancuhan rempah kari dan serbuk cili, kacau rata hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan kerisik dan santan. Kacau hingga timbul minyak.
  5. Akhir sekali masukkan nanas dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Setelah kuah pekat dan nanas masak, tutup api.
  7. Pajeri sedia dihidangkan.

Koleksi 8 Resipi Lauk Pauk, Untuk Menu Seminggu.

ACAR BUAH

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 3 cawan jeruk buah-buahan campur
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan  puri tomato
  • 1 batang kulit  kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2.5cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Kemudian masaukkan bahan kisar, kacau hingga wangi.
  3. Seterusnya asukan puri tomato bersama serbuk kari dan kacau seketika.
  4. Selepas itu, masukan jeruk campur dan kacau hingga rata.
  5. Kemudian perasakan dengan gula dan garam.
  6. Kecilkan api, dan kacau hingga kuah pekat lebih kurang tiga minit.
  7. Angkat dan hidangkan.

Koleksi 8 Resipi Lauk Pauk, Untuk Menu Seminggu.

KARI AYAM ROSE

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam  | potong  sederhana, cuci dan tos
  • 500ml santan
  • 4 sudu makan  rempah kari  daging
  • 2 biji kentang  | belah empat
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2.5cm  inci halia

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan semua bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusya masukkan kentang, air asam jawa dan daging yang telah direbus.
  4. Kacau rata dan masukkan air rebusan daging tadi. Biarkan mendidih lebih kurang lima minit,
  5. Masukkan santan. Kecilkan api dan biarkan mereneh.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kari daging sedia dihidangkan.

 Koleksi 8 Resipi Lauk Pauk, Untuk Menu Seminggu.

KERABU PERUT BERSAMA TAUGE

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm perut | cuci bersih
  • 150gm tauge | buang ekor
  • 3/4 cawan pati santan
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu teh lada serbuk lada hitam
  • 1 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIRISAN:

  • 2 biji bawang besar
  • 6 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limau purut muda

CARA MEMASAK:

  1. Perut yang telah direbus hendaklah dihiris memanjang dan toskannya.
  2. Seterusnya masukkan perut di dalam mangkuk bersama bahan hirisan yang lain.
  3. Tambahkan dengan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  4. Gaul rata, kemudian perahkan jus limau nipis.
  5. Gaul lagi sehingga rasa masamnya sekata.
  6. Kerabu sedia dihidangkan.

 

Koleksi 8 Resipi Lauk Pauk, Untuk Menu Seminggu.
DAGING BRIANI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging  | hiris, cuci dan tos
  • 250ml susu cair
  • 150gm puri tomata
  • 4 sudu makan rempah briani | bancuh dengan sedikit air
  • 3 sudu makan serbuk badam
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1/2cawan bawang goreng
  • 3 biji tomato | potong dadu
  • 3 biji bawang besar | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 4cm halia
  • 5 biji cili hijau
  • 3 biji cili merah

BAHAN PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Gaulkan daging bersama bahan kisar, perap sekurang-kurangnya satu jam dan simpan dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak, kemudian masukkan minyak sapi.
  3. Tumis bahan penumis hingga wangi, masukkan rempah briani, kacau hingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan daging, puri tomato, kacau hingga air daging keluar.
  5. Biarkan mereneh sehingga air daging kering. Baru masukkan susu cair, puri tomato dan bawang goreng.
  6. Setelah mendidih perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah kuah briani timbul minyak, tutup api.
  8. Daging Briani sedia dihidangkan.

 

Koleksi 8 Resipi Lauk Pauk, Untuk Menu Seminggu.

AYAM PERCIK SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah | kisar
  • 4 ulas  bawang putih | kisar
  • 2cm halia | kisar
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan serai hingga wangi bersama daun limau purut.
  2. Masukkan bahan kisar bersama pes cili, tumis hingga pecah minyak.
  3. Kemudian tambahkan santan, diikuti ayam.
  4. Biarkan hingga ayam kecut, masukkan pula asam gelugor.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Keluarkan ayam dan ketepikan.
  7. Keringkan kuah hingga pekat dan taburkan hirisan daun kunyit.
  8. Tutup api dan ketepikan.
  9. Bakar ayam yang telah dikeluarkan tadi dalam ketuhar atau pemanggang lebih kurang 10 minit.
  10. Masukkan ayam dalam pinggan dan tuangkan kuah percik di atasnya.
  11. Sedia dihidangkan.

Koleksi 8 Resipi Lauk Pauk, Untuk Menu Seminggu.

GULAI IKAN MASIN BERSAMA TERUNG BULAT

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg Ikan Masin Talang | potong dan rendam
  • 2 biji terung bulat | belah empat
  • 2 biji cili  hijau | potong dua
  • 2 biji cili merah | potong dua
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 500ml santan
  • 4 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar | kisar
  • 5 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia

BAHAN TUMIS:

  • 5 ulas bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 1 sudu makan halba campur
  • 2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan pula rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
  4. Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa.
  5. Seterusnya masukkan santan, dikuti dengan ikan masin.
  6. Setelah mendidih masukkan terung.
  7. Jika kurang masin tambah garam dan gula secukup rasa.
  8. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit lagi.
  9. Sebelum tutup api masukkan hirisan cili merah, hijau dan tomato.
  10. Gulai sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI