Bila menikmati kerabu dengan nasi panas-panas tentunya penambah selera makan. Setengah kita tanpa lauk lain hanya kerabu sudah melengkapi menu harian. Terdapat pelbagai jenis kerabu boleh dihidangkan dengan pelbagai versi. RASA kongsi resipi kerabu paling mudah dan dijamin sedap yang boleh korang try.
Bahan-bahan:
Bawang merah/besar
Serai
Bunga kantan
Cili api
Tomato
Limau nipis/limau kasturi
Garam
Gula
Kiub ayam-BELI ONLINE DI SINI
Ikan bilis-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat:
1.Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. Hiris atau mayang halus bunga kantan, serai, bawang merah/besar dan cili api. Potong dadu kecil tomato dan juga sediakan limau nipis/limau kasturi untuk diperah.
2. Satukan semua bahan-bahan ini di dalam bekas dan gaulkan dengan garam, gula dan sedikit kiub ayam. Masukkan air perahan limau nipis dan limau kasturi (saya campurkan kedua-dua limau ini untuk lebih sedap) dan gaul rata. Kemudian masukkan pula ikan bilis, saya ramas-ramas dulu supaya senang nak makan nanti tetapi janganlah hancur sangat. Gaul rata sekali lagi.
3. Untuk kerabu, anda sesuaikan rasa, ada masam dan manisnya, garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin.
Nota: Ada orang guna sos ikan, boleh juga tetapi saya memang tak guna sos ikan. Nak masukkan hirisan daun limau purut pun boleh juga. Sesuaikan saja dengan selera anda.
Selamat mencuba.
Kredit: Rozi Abdul Razak
Ingin mencari PRESSURE COOKER? Klik DISINI.
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR , BOLEH LIHAT DI SINI.
Nak Tahu Resipi Sup Tuang & Sambal Kicap Paling Power? Jom Try Resipi Ini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kerabu Pucuk Selom Campur Sardin Ni Memang Sangat Sedap
Bagi penggemar sajian kerabu, resipi Kerabu Pucuk Selom Campur Sardin perkongsian saudari Ninie Zaini ini antara yang perlu anda cuba. Sangat mudah resipinya malah rasanya juga sangat sedap. Andai diratah tanpa nasi, pun cukup membuka selera ramai. Jom sediakan untuk hidangan keluarga hari ini. Sekali cuba, pasti akan buat lagi berkali-kali.
RESIPI KERABU PUCUK SELOM CAMPUR SARDIN PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- Pucuk selom secukupnya – basuh & hiris nipis
- 1 kuntum bunga kantan – hiris nipis
- 1 tin besar sardin – buang tulang & hancurkan – beli online disini
- 2 biji bawang besar – hiris nipis – beli online disini
- 1 biji cili merah besar – hiris nipis
- 4 biji cili padi kampung – hiris nipis
- 1-2 biji limau nipis – ambil jus sahaja
- Sedikit garam halus – beli online disini
- Sedikit gula – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan pucuk selom dan bunga kantan. Kemudian hiris nipis. Ketepikan.
2. Buka tin sardin. Buang tulang ikan dan hancurkan isinya.
3. Campurkan sardin, hirisan bawang dan cili. Gaul rata.
4. Kemudian perahkan jus limau nipis diikuti dengan garam serta gula untuk melengkapkan rasa.
5. Gaul sebati dan masukkan daun selom yang telah dihiris bersama bunga kantan.
6. Gaul sebati dan Kerabu Pucuk Selom Campur Sardin sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ninie Zaini
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Variasi Masakan Kampung Yang Mudah Dimasak, Sedap & Jimat
Menu viral bertukar ganti dan menjadi ikutan ramai, namun menu kampung yang menjadi warisan ini tetap menjadi pilihan ramai. Kadang-kadang bila teringin makan masakan kampung automatik teringatkan masakan mak kat kampung. Hari ni, RASA kongsikan variasi menu kampung untuk mengembalikan ingatan korang pada ibu di kampung. Keikhlasan dan kasih ibu menjadikan air tangannya sentiasa sedap pada selera anak-anak, walaupun hanya sambal ikan masin. Betul tak?
KARI TULANG BERSAMA REBUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tulang | cuci bersih dan rebus hingga empuk
- 150gm rebung jeruk | cuci bersih dan tos
- 500ml air rebusan tulang
- 250ml santan
- 1/2 cawan air asam jawa
- 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 4 sudu makan rempah kari daging
- 2 sudu makan sebuk cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 3cm kulit kayu manis
- 2 tangkai bunga lawang
- 6 ulas buah pelaga
- 5 biji bunga cengkeh
BAHAN KISAR:
- 8 ulas bawang merah
- 5 ulsa bawang putih
- 4cm halia muda
- 3 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.
- Kemudian masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan air.
- Terus kacau hingga wangi dan tumisan pecah minyak.
- Masukkan tulang yang telah direbus bersama rebung tadi.
- Kacau rata dan tambah dengan air rebusan tulang.
- Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.
- Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dengan garam dan gula.
- Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.
KERABU PERUT BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm perut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
- 2 sudu makan kerisik
- 1 cawan santan
- 2 batang kacang panjang | hiris halus
- 1 biji bawang besar | belah dua dan hiris nipis
- 4 tangkai daun kesum | buang tangkai & mayang halus
- 10 biji cili padi hijau | hiris halus
- 2 biji cili merah hiris
- 2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan perut yang telah direbus dalam mangkuk bersama hirisan bawang besar, cili padi, cili merah, daun kesum bunga kantan dan kacang panjang. Gaul rata.
- Bancuh kerisik dengan santan, tuangkan dalam mangkuk berisi campuran perut.
- Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
- Gaul rata dan tambah santan jika perlu.
- Setelah cukup rasa, kerabu sedia dihidangkan.
KUPANG TUMIS TAUCHU CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm kupang frozen | bersihkan, celur dan tos
- 15 biji cili padi | hriis
- 15 biji cili merah | hiris
- 1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan air asam jawa
- 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu makan tauchu
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawah besar hingga layu.
- Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan hirisan cili padi dan cili merah. Kacau lagi.
- Kemudian masukkan kupang yang telah dicelur tadi.
- Kacau rata dan tambah air jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Kacau rata hingga air kupang kering.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sambal kupang sedia dihidangkan.
GULAI REMPAH TULANG IKAN MASIN & TERUNG BULAT
BAHAN-BAHAN:
- 1/2kg tulang ikan masih merah/kurau | rendam
- 2 biji terung bulat | belah empat
- 500ml santan kelapa
- 2 keping asam gelugor
- 2 sudu makan rempah kari ikan
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
- 3cm kunyit hidup
BAHAN TUMIS DARAT:
- 4 biji bawang merah | hiris
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 1 sudu makan rempah campur
- 1 tangkau daun kari | lurut dari tangkai
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar serta rempah kari, kacau rata.
- Masukkan bersamanya tulang ikan masin bersama terung dan asam gelugor.
- Renehkan atas api sederhana hingga mendidih dan terung empuk.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam kerana ikan masin sudah masin).
- Setelah cukup rasa, ketepikan periuk gulai.
- Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hirisan bawang merah, bawang putih.
- Bila wangi masukkan rempah campur dan daun kari.
- Setelah wangi, tutup api dan tuangkan dalam periuk gulai tadi.
- Kacau seketika, kemudian gulai sedia dihidangkan.
RENDANG KERING PARU
BAHAN-BAHAN:
- 500gm paru | rebus hingga empuk & hiris nipis
- 500ml santan
- 2 sudu makan kerisik
- 2 keping asam gelugor
- 3 sudu makan pes cili kering
- Garam dan gula secukupnya
- 1 helai daun kunyit | carik-carik
- 1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm lengkuas
- 2cm halia
- 3 batang serai
- 3 biji buah keras
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan paru, kacau rata dan masukkan santan dan asam gelugor.
- Biarkan mereneh atas api sederhana, sekali sekala kacau.
- Apabila kuah mula pekat masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga rendang paru kering.
- Setelah kering tutup api, taburkan daun kunyit dan gaul rata.
- Rendang kering paru sedia dihidangkan.
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Puding Roti Yang Sedap Berlemak. Makan Sejuk-Sejuk Memang ‘Terangkat’!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Dua Resipi Olahan Pekasam Yang Pasti Bikin Tambah Selera Makan Nasi
Ramai peminat pekasam yang tercari-cari macam mana lagi cara nak buat pekasam jadi lebih sedap dan menyelerakan. Bukan setakat digoreng, tapi pekasam sebenarnya boleh dijadikan kerabu. Bagi menambah lagi rasa pekasam, boleh tambahkan ulam petai dalam masakan pekasam. Rasanya? Jangan cakaplah, memang sedap!
PEKASAM DAGING MERECIK PETAI
Resipi olahan : FATIMAH BINTI NGAH
Bahan-bahan
1 peket pekasam daging (potong kecil)
2 papan petai (anggaran 1 mangkuk kecil)
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Bahan-bahan tumis
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Sedikit minyak
Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng pekasam daging bersama serbuk beras pekasam sehingga garing. Ketepikan.
2. Dalam kuali berasingan, goreng petai dengan sedikit minyak.
3. Kemudian masukkan bahan tumis dan goreng sebentar.
4. Masukkan pekasam daging yang telah digoreng sebentar tadi.
5. Gaul sehingga rata.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.
KERABU PEKASAM DAGING MERECIK
Bahan-bahan
KERABU PEKASAM DAGING MERECIK
Bahan-bahan
Sepeket pekasam daging
1 biji bawang merah,
1 kuntum bunga kantan
Sedikit daun ketumbar
1 biji tomato
Cili api secukupnya
2 batang serai
Sedikit daun limau nipiss
Sedikit perahan air limau nipis
Garam secukup rasa
Cara membuat
1. Potong kecil Pekasam Daging Merecik dan goreng sehingga masak.
2. Tos dan ketepikan.
3. Racik halus bawang merah, bunga kantan, daun ketumbar, tomato, cili padi dan serai. Gaul semua yang telah diracik bersama dengan pekasam.
4. Tuang perahan air limau nipis semasa menggaul.
5. Perasakan dengan sedikit garam.
6. Siap dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!