Pernah rasa tak kek yang satu ini? Kek kukus coklat cheese memang nikmat jika dapat merasainya, cair dimulut katanya. Seronok jika dapat membuat kek ini dengan jayanya. Boleh cuba buatnya ikut resipi ini.

BAHAN A :

1 cawan gula*

1 cawan susu cair*-BELI ONLINE DI SINI

1 cawan koko*-BELI ONLINE DI SINI

1 cawan minyak*

1/2 cawan susu pekat*-BELI ONLINE DI SINI

BAHAN B :

3 biji telur (A)

BAHAN C :

1 cawan tepung naik sendiri

IKLAN

Bahan untuk cheese :

250gm cream cheese*

60gm gula kastor*-BELI ONLINE DI SINI

25 gm tepung gandum*

25 gm susu segar*

1 biji telur

IKLAN

Cara membuat:

1)Campurkan semua bahan A dan masak atas api kecil kacau supaya tak berketul bila dah sebati tutup api dan biarkan sejuk.

2)Pukul bahan B sampai kembang dan gebu kemudian masukkan bahan A kacau hingga sebati dan masukkan pula bahan C . Kacau hingga sebati.

3)Tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak. Kemudian,diikuti dengan adunan cheese dan juga kukus hingga masak.

4)Setelah itu,tuangkan sekali lagi sebahagian lagi adunan coklat menjadikan 3 lapisan kesemuanya..kukus hingga masak.

IKLAN

5)Siap angkat dan sejukkan barulah diterbalikkan.

6)*Loyang hendaklah disapu majerin dan dialas kertas minyak.

CARA MEMBUAT ADUNAN CHEESE :

1)Pukul semua yang bertanda kecuali telur sampai gebu dan masukkan telur dan pukul lagi sampai sebati siap boleh la dikukus semuanya.

Kredit resipi & foto: FB Jom Belajar Buat Kek
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI