Anda peminat kek yang enak dan gebu? Bagi mendapatkan kek yang enak dan gebu ada teknik penyediaannya.Pastikan sukatannya tepat dan bahan-bahan yang digunakan bersesuaian. Hujung minggu ini bolehlah sediakan kek kegemaran anda untuk minum petang nanti bersama keluarga. RASA kongsikan resipi kek dijamin sedap rasanya.

Resipi Kek Aneka Perisa Kesukaan Ramai

MANGGO MANIA COFFEE CAKE 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 2 ½ cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan air kopi pekat | anggaran 2 sudu makan serbuk kopi segera
  • 1/2 cawan gula perang
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair

BAHAN KRIM KEJU MANGGA:

  • 100gm krim keju
  • 1/2 cawan gula ising
  • Sedikit esen mangga
  • Puri mangga secukupnya
  • Mangga segar untuk hiasan
  • Sedikit parutan kelapa

CARA MEMASAK:

1.    Pukul mentega,  gula dan telur sehingga kembang.

2.    Masukkan susu cair, susu pekat dan air kopi. Gaul sebati.

3.    Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan sebati.

4.    Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 170C selama 50 minit dan sejukkan sebentar.

IKLAN

5.    Bagi menyediakan krim keju, pukul keju bersama gula ising sehingga lembut.

6.    Kemudian tambahkan sedikit esen mangga.

7.    Salut krim mangga pada kek dan hiaskan dengan puri mangga, hirisan buah mangga segar serta kelapa parut mengikut kreativiti anda.

 

Resipi Kek Aneka Perisa Kesukaan Ramai

KEK KEJU JEPUN
BAHAN-BAHAN:

Bahagian A:

IKLAN
  • 100gm susu segar
  • 50gm mentega
  • 250gm krim keju

Bahagian B:

  • 6 biji kuning telur
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 20gm tepung jagung
  • 60gm tepung kek

Bahagian C:

  • 6 biji putih telur
  • 140gm gula kastor
  • 1 sudu kecil krim tartar

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan ketuhar 160°C. Griskan loyang bersaiz 8 inci dan alaskan dengan baking paper.
  2. Cairkan bahagian A di dalam mangkuk keluli tahan panas menggunakan kaedah ‘double boil’. Sejukkan.
  3. Satukan semua bahan B dan A. Tapiskan.
  4. Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan krim tartar. Pukul lagi sehingga kembang sambil masukkan gula kastor sesudu demi sesudu. Berhenti memukul adunan apabila putih telur agak kental (soft peak). Kaup balik putih telur ke dalam adunan A dan B tadi.
  5. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam menggunakan kaedah ‘water bath’. Apabila masak, tinggalkan seketika di dalam ketuhar selama 30 minit dengan pintu ketuhar sedikit terbuka.

Resipi Kek Aneka Perisa Kesukaan Ramai

KEK PANDAN GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 200gm tepung
  • ½ sudu kecil serbuk penaik
  • 125gm mentega
  • ½ sudu kecil garam
  • 200gm gula kastor
  • 2 biji telur
  • 100gm santan
  • 2 sudu besar jus pandan
  • sedikit pewarna hijau

BAHAN-BAHAN UNTUK JUS PANDAN:

  • 10 helai daun pandan
  • Air secukupnya

BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM MENTEGA:

  • 3 biji putih telur
  • 100gm gula kastor
  • ¼ sudu kecil garam
  • 150gm mentega
  • 50gm gula melaka
  • Air secukupnya
  • 2 helai daun pandan

BAHAN-BAHAN UNTUK KARAMEL GULA MELAKA:

  • 50gm gula melaka
  • 1 sudu besar air
  • 15gm mentega
  • 30gm krim putar
  • ¼ sudu kecil garam

CARA MEMASAK:

  1. Daun pandan dikisar bersama sedikit air dan tapiskan untuk mendapat jus pandan. Ketepikan.
  2. Timbang tepung dan tapis bersama serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
  3. Panaskan ketuhar 180°C. Lenserkan loyang dan alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan jus pandan dan sedikit pewarna hijau.
  5. Masukkan tepung berselang seli dengan santan. Adun sehingga sebati.
  6. Bakar selama 45 hingga 50 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan di atas redai.
  7. Untuk membuat krim mentega: Gula melaka dicairkan dengan air dan pandan di atas api. Putih telur, gula kastor dan garam disatukan di dalam mangkuk keluli tahan panas dan masak menggunakan kaedah ‘double boil’ sehingga gula larut. Sejukkan pada suhu bilik. Pukul putih telur sehingga kental. Masukkan mentega dan pukul lagi sehingga kembang. Masukkan air gula melaka dan pukul hingga sebati.
  8. Untuk membuat karamel gula melaka : Masak gula melaka dan air di atas api sehingga cair. Masukkan mentega. Tambahkan krim putar dan perasakan dengan garam. Tapis adunan dan sejukkan.
  9. Sapu dan hiaskan kek yang telah sejuk dengan krim mentega dan karamel gula melaka.

Resipi Kek Aneka Perisa Kesukaan Ramai

 

MUFIN PISANG BERSAMA KACANG WALNUT

BAHAN-BAHAN:

  • 115gm kacang walnut
  • 195gm tepung serba guna
  • 170gm gula halus
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • ¼ sudu teh soda bikarbonat
  • ¼ sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 2 telur (gred A) ] pukul sedikit
  • 115gm mentega ] cairkan dan sejuk
  • 3 biji pisang (454 gram) ] lenyek
  • 1 sudu teh esen vanila

CARA MEMASAK:

  1. Panggang kacang walnut di dalam ketuhar kira-kira 8 minit. Cincang kasar.
  2. Campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan kulit kayu manis. Ayak.
  3. Dalam bekas berasingan masukkan telur, mentega, gula dan esen vanila. Gaul rata.
  4. Campurkan pisang lenyek.
  5. Kemudian tuangkan ke dalam adunan bahan kering (campuran tepung). Masukkan kacang dan kaup balik sehingga rata.
  6. Tuangkan ke dalam acuan muffin dan bakar pada suhu 180⁰C selama 20 minit.
  7. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI