Pernah makan kek dari buah-buah tempatan. Kalau belum nah ini 3 resepi berasaskan nangka,labu dan keladi. 

Lebih hebat lagi ada rempah ratus dalam ramuannya. Cuba jangan tak cuba.

1.KEK NANGKA MOUSSE REMPAH KAYU MANIS & JINTAN MANIS

Kek Dari Buah-Buahan Tempatan.  Siap Masuk Rempah Lagi… 

BAHAN-BAHAN :

Bahan untuk ‘filling’ mouse :

  • 335 ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 117 gm gula halus
  • 25 gm gelatin
  • 335 gm krim putar

Bahan untuk puri nangka :

  • 300 gm nangka yang telah direbus
  • 100 gm gula aising
  • 5 gm kulit kayu manis

Bahan untuk kek span vanilla :

  • 125 ml air
  • 500 gm tepung span vanilla
  • 125 ml minyak masak
  • 500 gm telur

* Kek ini terdiri dari 4 lapisan yang diselang seli, dimulai dengan span vanilla, mousse nangka dituruti span vanilla dan atas sekali mousse nangka.

CARA MEMASAK :
Cara masak mousse :
1. Panaskan susu dalam periuk.
2.Di dalam mangkuk berlainan, pukul telur dan gula sehingga hancur.
3. Setelah itu masukkan susu yang telah dipanas ke dalam bekas telur dan gula tadi.
4. Kemudian masakkan sebentar di dalam periuk atas dapur.
5. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang bersi ais di bawahnya (waterbath)
6. Masukkan puri nangka dan gelatin yang telah dicairkan dan gaul hingga sebati.
7. Tuangkan di atas span vanilla, sejukkan dan ulangi proses sehingga habis

Cara masak puri nangka :
1. Masak nangka yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising, jintan manis, bunga lawang dan serbuk kayu manis.
2. Tapiskan dan sejukkan.
3. Puri ini nanti akan dimasukkan dalam mousse

Cara masak span Vanilla :
1. Masukkan kesemua bahan kek kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun.
2. Putarkan hingga kembang
3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati.
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius, atas dan bawah selama 13- 15 minit. Bila sejuk letakkan span vanila, di lapisan bawah diselang seli dengan mousse nangka.

IKLAN

Saiz hidangan : 1 kg
Masa memasak : 30 minit
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Cara memasak : Masak atas api dan bakar
Keistimewaan : Rasa nangka bersama kayu manis dan jintan cukup enak.
Anggaran kos : RM 20

INFO CHEF : Jika anda penggemar mangga boleh sahaja menggantikan nangka.
Resipi puri mangga sama seperti resipi nangka.

2.KEK LABU MOUSSE JINTAN PUTIH

Kek Dari Buah-Buahan Tempatan.  Siap Masuk Rempah Lagi… 

BAHAN-BAHAN :

Bahan filling mousse :

  • 335 gm susu
  • 2 biji kuning telur
  • 117 gm gula halus
  • 25 gm gelatin
  • 335 gm krim putar

Bahan puri labu :

  • 300 gm labu yang telah direbus
  • 100 gm gula aising
  • 3 gam jintan putih /dikisar
  • 5 gm bunga lawang /dikisar
  • 5 gm serbuk kayu manis

Bahan kek span vanilla :

  • 125 ml air
  • 500 ml tepung span vanilla
  • 125ml minyak masak
  • 500 gm telur

*Kek ini mempunyai 4 lapis bermula dengan span vanilla dan diselang seli dengan mousse labu, span vanilla dan mousse labu

IKLAN

CARA MEMASAK :
Cara masak puri labu :
1. Masak labu yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising,jintan manis, bunga lawang dan serbuk kayu manis.
2. Tapiskan dan sejukkan

Cara masak mousse :
1. Panaskan susu
2. Di dalam mangkuk yang berlainan pukul telur dan gula hingga hancur
3. Setelah itu masukkan susu yang telah dipanaskan ke dalam bekas telur dan gula
4. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang berisi ais di bawahnya (waterbath).
5. Masukkan puri labu dan gelatin yang dicairkan dan gaul hingga sebati.
6. Tuangkan ke atas kek span.Sejukkan dan ulangi proses diselang seli dengan span vanilla hingga habis

Cara masak kek span vanilla:
1. Masukkan semua bahan di atas kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun.
2. Putar hingga kembang
3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 13- 15 minit

Saiz hidangan : Satu kg
Masa memasak : 30 minit
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Cara memasak : Panas atas api dan bakar
Keistimewaan : Rasa lembut berkrim dan aroma rempah yang wangi
Anggaran kos : RM 18

INFO CHEF : Kek mousse sedap dimakan apabila telah didinginkan dalam peti sejuk .

3.KEK KELADI SANTAN AROMA REMPAH RATUS

Kek Dari Buah-Buahan Tempatan.  Siap Masuk Rempah Lagi… 

BAHAN-BAHAN :

IKLAN

Bahan span pandan :

  • 125 ml air
  • 500 gm tepung span vanilla
  • 125 ml minyak masak
  • 500 gm telur
  • 15 gm perasa pandan

Bahan puri keladi :

  • 450 gm keladi yang telah direbus
  • 100 gm gula aising
  • 5 gm jintan manis
  • 5 gm bunga lawang
  • 5 gm buah pelaga
  • 5 gm serbuk kayu manis

Bahan inti kelapa manis :

  • 2 cawan kelapa parut
  • 150 gm gula melaka
  • 1 cawan air
  • 200 gm gula aising

*Inti kelapa manis 100 gm
* Kek ini terdiri daripada 4 lapisan. Lapis bawah span pandan diikuti dengan puri keladi, span pandan, puri keladi dan atas sekali puri keladi bersama kelapa manis.

CARA MEMASAK :
Cara masak kek span pandan:
1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun.
2. Putar hingga kembang
3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 13-15 minit

Cara masak puri keladi :
1. Masak keladi yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising, jintan manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan serbuk kayu manis.
2. Tapis dan sejukkan. Puri keladi akan diletakkan atas span pandan secara berselang.
Cara masak inti kelapa manis :
1. Masak air sehingga mendidih, masukkan gula dan kelapa parut.
2. Masak hingga kering dan pekat
3. Di dalam periuk yang berlainan, masukkan santan dan gula aising. Masak sebentar.
4. Masakkan inti kelapa manis, sapukan atas kek lapisan atas bersama puri keladi.

Saiz hidangan : Setengah kg
Masa memasak : 40 minit
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Cara memasak : Panas atas api dan bakar
Keistimewaan : Enak dengan rasa keladi, dan manis dengan inti kelapa
Anggaran kos : RM 18

INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan keledek menggantikan keladi.

RESIPI : CHEF S.T GANA & SURIANI YUP
Terima kasih : Hotel Crystal Crown, PJ, Selangor

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI