Rasa kari yang ringan tidak ada menggunakan sebarang cili dan rempah sekawan. Menjadi kegemaran anak-anak kecil yang tidak makan pedas.

KARI AYAM & UBI KENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji besar bawang merah-dikisar
  • 2 ulas bawang putih-dikisar
  • Besar ibu jari halia-dikisar
  • 2-3 biji Ubi kentang
  • Ayam setengah ekor
  • 4 sudu serbuk kari /1paket kecik
  • Setengah kotak kecik santan 
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air

 

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dikisar. Tumis hingga garing.
  2. Selepas itu masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air menjadi pes.
  3. Kemudian masukkan sahaja bahan-bahan lain satu persatu seperti ubi kentang, ayam dan asam keping.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak sampai ayam dan kentang empuk.
  5. Akhir sekali bila semua sudah masak baru masukkan santan.

     

 

INFO:

1. Minyak boleh lebih sedikit baru kuah kari nampak cantik macam dalam gambar.

2. Ada orang letak 3 sekawan bunga lawang, bunga cengkih & kulit kayu manis. Terpulang.

3. Kari ini boleh dimakan dengan nasi panas, lemang, roti arab, roti canai, roti jala dan roti putih.

4. Kalau hendak  lebih sihat boleh masak tanpa tumis dengan minyak dan tanpa santan.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: HasnorFadila Kadir

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Kepak Ayam Bakar Madu Dalam Kuali Cantik Berkilat

Ratah Kepak Ayam Sweet & Spicy Istimewa Sampai Tinggal Tulang

Ayam Goreng Kunyit Pedas Terangkat

Ayam Masala Chettinad Masakan India Klasik Harum Berempah

Resipi Mudah Ayam Goreng Berempah Untuk Suri Yang Baru Belajar Masak