Stew yang dimakan panas-panas memang merangsang selera. Lebih menyelerakan bila dihidang bersama roti.

Asyik makan lauk bersantan, nanti terlebih kolestrol pulak. Jom masak stew pulak ada kelainan bila dihidang pada tetamu yang berkunjung ke rumah. Chef Shahril Hj Mohd Sharip dan Chef Zul Azuwar sudi berkongsi 5 jenis stew enak dengan RASA.

Jom Masak Lauk Tanpa Santan Pulak,Cuba Variasi Stew Lazat1. STEW SAYURAN

Jom Masak Lauk Tanpa Santan Pulak,Cuba Variasi Stew Lazat

BAHAN-BAHAN :

  • 100gm lobak merah | dipotong kiub
  • 100gm ubi kentang | dipotong kiub
  • 100gm batang saderi | dipotong sederhana kecil
  • 60gm cendawan shiitake
  • 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
  • 6 ulas bawang putih | dicincang
  • 120gm halia | dimayang
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 1 biji telur
  • Sedikit tepung jagung | dilarutkan dalam air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit perasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan ubi kentang dan lobak merah dan diikuti semua bahan sayuran bila kentang dan lobak merah sudah empuk sedikit. Campur sos tiram garam dan perasa
  3. Pekatkan sup dengan tepung jagung, tuangkan telur dan kacau perlahan-lahan.
  4. Padamkan api dan titiskan sedikit minyak bijan sedia untuk dihidang.

Saiz hidangan     : 3 orang

Waktu memasak : 15 minit

Cara memasak    : Tumis dan reneh

Jenis masakan     : Lauk utama, stew

Keistimewaan     : Sup sayuran sesuai untuk mereka yang tidak menggemari daging 

INFO CHEF : Lebih sesuai untuk sayur-sayuran berserat dan bertekstur keras.

2. STEW DAGING

Jom Masak Lauk Tanpa Santan Pulak,Cuba Variasi Stew Lazat

 BAHAN-BAHAN :

  • 500gm daging kiub (import) | rebus hingga lembut
  • 100gm ubi kentang | dipotong kiub
  • 100gm lobak merah | dipotong kiub
  • 100gm batang saderi | dipotong kecil
  • 60gm cendawan hitam
  • 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
  • 6 ulas bawang putih | dicincang
  • 120gm halia | dimayang
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • Sedikit tepung jagung | dilarutkan dengan sedikit air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa | jika suka
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • Air rebusan daging dan air secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang sehingga naik bau dan masukkan daging serta air rebusan daging dan air secukupnya.
  2. Masukkan kentang dan lobak merah dan masak hingga empuk sedikit . Kemudian masukkann cendawan dan saderi.
  3. Kemudian masukkan sos tiram,kicap pekat , garam, sedikit gula dan perasa
  4. Pekatkan sup dengan tepung jagung yang dicampur sedikit air. Biarkan mereneh.
  5. Titiskan sedikit minyak bijan sedia untuk dihidang.

Saiz hidangan     : 5 orang

Waktu memasak : 1 jam

Cara memasak    : Tumis dan reneh

Jenis masakan     : Lauk utama, stew

Keistimewaan     : Bila direneh lama, jus daging yang manis meresap dalam stew 

INFO CHEF : Gunakan bahagian daging yang lembut seperti batang pinang untuk mempercepatkan tempoh memasak.

3. STEW TAU FOO MERAH 

IKLAN

Jom Masak Lauk Tanpa Santan Pulak,Cuba Variasi Stew Lazat

BAHAN-BAHAN : 

  • 5 peket tau foo | potong bulat dan disalut dengan tepung jagung
  • 2 batang saderi
  • 1 peket sayur campuran
  • 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
  • 6 ulas bawang putih | dicincang
  • 120gm halia | dimayang
  • 4 sudu makan sos tiram
  • Sedikit tepung jagung | larutkan dengan sedikit air
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang diikuti halia hingga naik bau, dan masukkan air secukupnya.
  2. Masukkan sayur campuran, batang saderi.Campur sos tiram, garam, sedikit gula dan perasa .
  3. Pekatkan sup dengan tepung jagung. Tuangkan telur dan kacau perlahan. Padamkan api.
  4. Tau foo digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung, dan letakkan dalam satu bekas
  5. Titiskan sedikit minyak bijan di atas stew/kuah ini tuangkan ke atas tau foo tadi.

Saiz hidangan     : 5 orang

Waktu memasak : 15 minit

Cara memasak    : Tumis dan reneh

Jenis masakan     : Lauk utama, stew

Keistimewaan     : Sup tau foo sesuai untuk mereka yang mengelakkan protein daging  

INFO CHEF : Boleh menggunakan pelbagai jenis tau foo. Sesuai dijadikan juadah bersahur jika anda tidak mahukan juadah yang berat atau berasaskan daging.

4. STEW AYAM SHIITAKE. 

Jom Masak Lauk Tanpa Santan Pulak,Cuba Variasi Stew Lazat

BAHAN-BAHAN : 

  • 500gm isi ayam | dipotong kiub
  • 2 batang saderi
  • 30gm cendawan shiitake | direndam
  • 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
  • 6 ulas bawang putih | dicincang
  • 120gm halia | dimayang
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili giling
  • Sedikit tepung jagung | dilarutkan dengan sedikit air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 biji telur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bawang dan halia hingga naik bau. Masukkan air secukupnya.
  2. Masukkan isi ayam biar empuk sedikit dan masukkan cendawan dan batang saderi. Campurkan cili giling, sos tiram, garam,sedikit gula dan perasa.
  1. Biarkan mendidih
  2. Pekatkan sup dengan tepung jagung, perlahankan api. Tuangkan telur dan kacau perlahan-lahan..
  3. Titiskan sedikit minyak bijan dan sedia untuk dinikmati.

Saiz hidangan     : 5 orang

IKLAN

Waktu memasak : 30 minit

Cara memasak    : Tumis dan reneh

Jenis masakan     : Lauk utama, stew

Keistimewaan     : Gabungan ayam dan cendawan sedap dimakan panas dan amat enak.   

INFO CHEF ; Boleh ditambahkan pelbagai sayuran lain untuk lebih berkhasiat dan lebih sedap.

5. STEW UDANG TAUCHOO.

Jom Masak Lauk Tanpa Santan Pulak,Cuba Variasi Stew Lazat

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm isi udang
  • 2 batang saderi | dipotong pendek
  • 30gm cendawan shiitake | direndam dan dihiris
  • 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
  • 6 ulas bawang putih | dimayang
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili giling
  • 3 sudu makan tauchoo
  • Sedikit tepung jagung | dicairkan dengan sedikit air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 biji telur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bawang dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan air secukupnya.
  2. Masukkan isi udang, cendawan, saderi. Campurkan cili giling,tauchoo, sos tiram, garam,sedikit gula dan perasa . Biarkan mendidih
  3. Pekatkan sup dengan tepung jagung, perlahankan api. Masukkan telur dan kacau perlahan.
  4. Titiskan sedikit minyak bijan dan sedia untuk dihidang.

Saiz hidangan     : 5 orang

Waktu memasak : 20 minit

Cara memasak    : Tumis dan reneh

Jenis masakan     : Lauk utama, stew

Keistimewaan     : Penggunaan tauchoo ke dalam stew udang beri keistimewaan rasa

IKLAN

INFO CHEF : Kurangkan penggunaan garam kerana tauchoo sudah memberikan rasa masin.

RESIPI : CHEF SHAHRIL HJ MOHD SHARIP, Consultant Network & CHEF ZUL AZUWAR, A & Z 71 Catering & Event

 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI:

Chef Zam Kongsi Cara Buat Beef Stew dan Apple Tarte Tatin Real Punya. Sedap Hingga Tak Terkata!

JUGA RESIPI INI :

Sup Cendawan Shiitake Enak Berkrim…Ala-ala Ikea Super Ummph.

JUGA TONTONLAH VIDEO INI :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI